Disebalik Kak Ct Ayam Penyet, ” Kedai diusahakn oleh penjual bukan islaam ” (6Gmbr)

Johor Bahru : Sejak semalam tular mengenai sebuah kedai dalam talian yang menjual makanan yang dipercayai meragui status halalnya.

Melaluai tinjauan Page The VOICE sebuah kedai Kak Siti Ayam Penyet dalam talian yang menjadi viral selepas pengusahanya dipercayai bukan Muslim sehingga menimbul kekeliruan kepada pengguna Islam telah menutup operasinya hari ini.

Tinjauan The VOICE ke premis terbabit di Johor Jaya di sini mendapati pengusahanya yang berketurunan Cin4 itu sudah menghentikan perniagaannya dan menurunkan banting jualan mereka.

Lelaki berusia dalam lingkungan 40-an tahun itu enggan mengulas lanjut mengenai premisnya menjadi viral dan dia menjelaskan tidak akan berniaga lagi.

Tadi ada pihak datang memberitahu supaya premis saya ditutup kerana menjadi viral dan menimbulkan kekeliruan, katanya.

Kedai Kak Siti Ayam Penyet menjadi viral hari ini di laman sosial selepas pengguna mendakwa ia dikendalikan oleh peniaga bukan Islam namun menjual makanan Muslim tanpa ada penjelasan halal.

Kedai terbabit menggunakan aplikasi penghantaran makanan dalam talian untuk pesanan dan penghantaran makanan mereka kepada pelanggannya.

Antara rasa tidak puas hati pengguna laman sosial terbabit, nama kedai Melayu tetapi pemiliknya bukan Melayu jual dekat rumah ada tokong.

Pemilik kedai itu cuba berselindung dengan berniaga secara dalam talian untuk pengguna Muslim yang sensitif berkaitan isu halal. – Credit The VOICE