Disebabkan kes tular, peniaga dan penduduk terkesan!

Sungai Buluh : Disebabkan kes tular, peniaga dan penduduk terkesan! Nampaknya kesan dari pendedahan v1deo Asri Janggut telah membuatkan pihak MBSA seakan membalas dendam sehingga ke hari ini.

Jika sebelum ini kita hanya melihat pihak MBSA menyita dan merobohkan tempat perniagaan haram, hari ini lebih dahsyat lagi.

Kebanyakan penjaja makanan sudah lama berniaga, ada yang sudah 30 tahun dan sering disaman kerana berniaga tanpa lesen. Kami tidak salahkan MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) apabila mereka bertindak seperti ini kerana selepas tular video itu, kata penjaja, Mohd Hamizan Zebri, 33.

Dia yang juga penduduk di Sungai Buloh berkata, peniaga di kawasan berkenaan memang agak sukar untuk mendapat lesen dan bukan tidak pernah memohon kerana lokasinya tidak membolehkan lesen diluluskan.

disebabkan-kes-tular-peniaga-dan-penduduk-terkesan

Menurutnya, bukan tidak mahu berniaga di tapak gerai sementara disediakan MBSA tetapi kawasan itu agak terhad dan kebanyakan berniaga makanan yang sama.

Hasil dari perkongsian netizen yang duduk di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh telah menunjukkan operasi pihak MBSA yang turut merobohkan garaj kereta di kawasan perumahan yang dibina tanpa kelulusan MPS mengikut Seksyen 46(1)a (Roboh dan Pindah Halangan).

Dalam pada itu Harian Metro menulis luahaan peniaga yang terkesan dengan tindakan undang oleh pihak berwajib.

Saya dan keluarga cuba berbincang untuk memberi tempoh sehingga jam 3 petang kerana kontena yang dijadikan kedai makan itu dalam proses untuk dipindahkan tambahan sudah ada yang ingin membelinya namun gagal sebelum disita MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) semalam,kata pemilik kedai makan Plonxbox, Muhammad Afifi Zaidi, 34.

disebabkan-kes-tular-peniaga-dan-penduduk-terkesan

Muhammad Afifi berkata, dia memulakan kedai makan itu sejak 2015 bermula dengan hanya khemah bagi menampung pendapatan kilang percetakan milik keluarganya ketika itu yang makin kurang menjana pendapatan.

Menurutnya, mereka yang terpaksa membayar gaji 20 kakitangannya kemudian mencari kaedah lain dengan membuka gerai makan itu bermula dengan hanya khemah sebelum dua tahun lalu membina kontena dijadikan gerai makanan di hadapan kilang percetakan ini.

Kami faham dengan tugasan MBSA namun tidak masuk akal apabila diberi notis 24 jam.

Malah sebaik menerima notis itu, saya terus mengiklankan di laman sosial jika ada sesiapa yang ingin membeli kontena ini dan sudah ada pembelinya sebab itu saya ada meminta pihak MBSA memberi masa sehingga jam 3 petang untuk memindahkannya namun tetap disita,” katanya ketika ditemui di kedainya di Bandar Baru Sungai Buloh, di Sungai Buloh, hari ini.

Katanya, pihaknya juga sebenarnya sudah ada perancangan untuk membuka kedai makan itu di kawasan lain cuma mengambil sedikit masa untuk mengumpul modal membinanya di atas tanah itu.

Saya juga terpaksa menutup aplikasi tempahan khidmat penghantar makanan kerana kedai tidak dapat dibuka namun hari ini entah bagaimana masih menerima tempahan sedangkan kedai tidak dibuka.

Ramai penghantar makanan daripada dua syarikat perkhidmatan makanan datang untuk mengambil tempahan namun terpaksa dimaklumkan perkara itu, katanya.

Sementara itu, penghantar makanan GrabFood, Che Zamri Che Ani, 40, berkata, dia menerima tempahan untuk dihantar kepada pelanggan di kedai ini sebanyak empat tempahan namun sebaik tiba dapati kedai tidak dibuka.

Saya terpaksa menghubungi pusat panggilan syarikat untuk memaklumkan keadaan ini dan jadi bermasalah juga kepada kami,katanya.

MBSA semalam mengadakan operasi bersepadu bagi membanteras penjaja dan gerai tanpa kebenaran yang beroperasi di bahu jalan tanpa kebenaran.

Ia susulan dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, atau Asri Janggut mendakwa premis perniagaan diusahakan warga Aceh ‘kebal’ kerana tidak dikenakan tindakan atas kesalahan menjual rokok seludup.

Selain itu, video yang dirakam menerusi tinjauan semasa menaiki kereta itu juga mendakwa pihak berkuasa menutup mata kerana ada yang menerima habuan daripada ‘tauke’ kedai mesin judi.

Tonton Video Di Bawah Ini Sampai Habis

Power la dik

Posted by Fingo on Isnin, 17 Februari 2020

Register disini>> Join Now ,Selepas Join download Apps Fingo