Detikk kapaal 187 kru k4ram dn trapung dlaut seorg mautt!

Putrajaya : Kapal yang membawa hamir 200 kru tersebut mula karam mengakibatkan ramai kru mula terjum kelaut yang menyebabkan mereka terapung apung dilaut menunggu bantuan untuk diselamatkan.

Harian Metro melaporkan seramai 121 kru kapal Dayang Topaz diselamatkan,manakala seorang men1nggal dun1a dan empat lagi hilang dalam kejadian kapal karam, 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri, Sarawak hari ini.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat (MRCC) Putrajaya menerima aduan daripada kapal Sapura Construction yang melaporkan isyarat kecemasan daripada kapal, 6.45 pagi tadi.

Katanya, kapal Sapura Construction bergerak ke lokasi untuk mengesan lokasi sebenar kapal Dayang Topaz dan mendapati kapal berkenaan mula karam dengan 62 kru masih berada di atas kapal, manakala 125 kru lagi terjun ke laut.

Katanya, tiga kapal dan sebuah bot APMM berpangkalan di Miri digerakkan ke lokasi berkenaan bersama tujuh kapal dan bot milik syarikat Petronas dan Shell.

Seramai 121 kru berjaya diselamatkan, seorang meninggal dunia dan empat lagi hilang dalam operasi menyelamat pada 8.45 pagi ini, katanya melalui kenyataan media hari ini.

Katanya,pihak MRCC Putrajaya kini sedang melaksanakan koordinasi lanjut bagi mencari dan menyelamat empat kru hilang.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa sama sama kita doakan agar semua kru dijumpai selamat.