Daus rancang kahwin, namun tidak kesampaian!

Kluang : Daus rancang kahwin, namun tidak kesampaian! Allahyarham Mohamad Firdaus Mat Izan, 26, dikatakan bercadang melangsungkan perkahwinan Disember depan, namun hasrat itu terbantut selepas dia terbunuh dalam kemalangan di Sabah, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan bapanya, Mat Izan Mohayat, 53, ketika ditemui di kediamannya di Taman Puteri dekat sini malam ini.

Jika tidak ada halangan, arwah rancang untuk berkahwin Disember ini. Hasratnya untuk bertunang pada Syawal baru-baru ini juga terbantut akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

daus-rancang-kahwin-namun-tidak-kesampaian

Akibat PKP juga, arwah tidak dapat meraikan Syawal bersama keluarga kerana bertugas sebagai anggota di barisan hadapan di Sandakan, Sabah, katanya.

Dalam kejadian jam 12.55 tengah hari tadi, Mohamad Firdaus bersama dua lagi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu LK PAP Maslim Abdul Rahim dan LK I TMK Muhammad Arif Idris maut, selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan di Jalan Ranau-Kota Kinabalu.

Seorang lagi rakan setugas iaitu LK II TLR Vincent M Orel mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Ranau.

daus-rancang-kahwin-namun-tidak-kesampaian

Mat Izan berkata, keluarganya amat terkejut dimaklumkan kejadian menimpa Mohamad Firdaus, namun menerimanya dengan hati terbuka kerana sedar itu cabaran perlu dihadapi ketika bertugas.

Kali terakhir kami berhubung melalui panggilan video pada malam dan hari pertama Aidilfitri baru-baru ini namun ketika itu dia cuma memaklumkan tidak dapat balik kerana bertugas.

Ketika itu, arwah banyak kali memohon ampun dan maaf daripada semua ahli keluarga termasuk, namun tidak menunjukkan sebarang kelainan.

daus-rancang-kahwin-namun-tidak-kesampaian

Sejak menjadi anggota TLDM dia sentiasa ceria sama ada ketika berhadapan dengan masalah atau sebaliknya, katanya.

Jenazah Mohamad Firdaus dijangka dibawa pulang ke kediamannya di Taman Puteri sama ada Khamis atau Jumaat ini selepas semua urusan berkaitan selesai.

Semoga bakal isteri dan seluruh keluarga arwah daus tabah dengan apa yang berlaku dia sebelum ini Daus ada memuat naik status yang dia merindui arwah ibunya tidak disangka kini dia menyusul menemani arwah ibunya semoga roh keduanya dan roh dua lagi rakan setugas dicucuri rahmat. Al fatihah.

Tonton Video Di Bawah Ini Sampai Habis

Power la dik

Posted by Fingo on Isnin, 17 Februari 2020

Register disini>> Join Now ,Selepas Join download Apps Fingo

Wasap : Abee Sey

www.wasap.my/+601151688713