Daler hilang dua insan tersayang K0RBAN C0V1D19!

Kuala Lumpur : Daler hilang dua insan tersayang K0RBAN C0V1D19! Selepas hampir sebulan kehilangan nenek tersayang yang meninggal dunia akibat wabak C0V1D19 , model dan pelakon, Daler Yusuf diuji sekali lagi apabila bapanya pula terkorban disebabkan wabak sama.

Berita pemergian yang menyedihkan dikongsi pelakon Tuan Anas Mikael itu menerusi laman Instagram, petang tadi.

Daler berkata, bapanya, Dusmat Hamroyev, 54, menghembuskan nafas terakhir di Uzbekistan selepas lebih 10 hari terlantar di hospital.

Ini adalah tahun paling mencabar buat saya apabila kehilangan dua anggota keluarga dalam tempoh terdekat.

daler-hilang-dua-insan-tersayang-k0rban-c0v1d19

Arwah bapa dijangkiti C0V1D19 daripada arwah neneknya, Muhammadiyeva Shodi yang meninggal dunia pada 7 Ogos lalu,katanya.

Lebih menyedihkan, Daler berkata, dia tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk menziarahi, menatap mahupun menyempurnakan jenazah arwah bapanya.

Tujuh hari lagi arwah akan menyambut ulang tahun ke-54. Banyak hajat dan cita-citanya belum tercapai. Keadaan arwah yang menghidap penyakit kencing manis juga menyukarkannya untuk sembuh.

Saya percaya Allah lebih menyayanginya. Semoga roh arwah tenang dan di tempatkan di kalangan insan beriman. Saya mohon peminat mendoakan supaya saya dan keluarga kuat menempuh kehilangan ini,katanya.

daler-hilang-dua-insan-tersayang-k0rban-c0v1d19

Sebelum ini akhbar melaporkan SELEPAS beberapa hari dilaporkan kritikal akibat C0V1D19, nenek kepada pelakon Daler Yusuf iaitu Muhammadiyeva Shodi, 76, meninggal dunia di sebuah hospital di Uzbekistan pada Jumaat.

Berita duka tersebut dikongsi pelakon drama Titian Kasih itu menerusi laman Instagramnya hari ini.

Menurut Daler atau nama penuhnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 28, selepas kematian ibu, arwah neneknya itu telah dianggap lebih daripada seorang ibunya kepadanya.

daler-hilang-dua-insan-tersayang-k0rban-c0v1d19

Tidak dapat menyembunyikan kesedihannya, pelakon asal Uzbekistan itu berkata setiap kejayaan yang dikecapinya hari ini adalah berkat doa neneknya.

Terdahulu pada Rabu lalu, Daler telah berkongsi keadaan arwah neneknya yang kritikal dan sedang dirawat di sebuah hospital di Uzbekistan kerana mengalami jangkitam teruk pada paru-paru.

Pada ruangan komen, ramai peminat dan rakan selebriti yang merakamkan ucapan takziah buat Daler, selain memberikan kata-kata semangat buatnya agar terus tabah berdepan kehilangan itu.Al fatihah.

Tonton Video Di Bawah Ini Sampai Habis

Power la dik

Posted by Fingo on Isnin, 17 Februari 2020

Register disini>> Join Now ,Selepas Join download Apps Fingo