D0akan Kpral Fadhirul, alami msalah ingtan blum tahu rkan stugas mninggal!

Johor Bahru : Suami tak tahu rakan setugasnya sudah meninggal dunia dan mereka terbabit kemalangan, Namun keadaannya kini, semakin stabil dan beransur pulih, kata Noriha Mohd Razali, 32.

Dia isteri kepada Lans Koperal Mohammad Fadhirul Musa, 32, anggota polis yang parah selepas terbabit kemalangan ketika mengejar penjen4yah, manakala rakan sekerjanya, Nicholester Dadup Unggat, 20, men1nggal dunia.

Ketika kejadian 1 November lalu, kereta peronda (MPV) polis dinaiki mereka kemalangan dan terbalik ketika mengejar Perodua Myvi dinaiki penjenayah.

Noriha berkata, suaminya sudah boleh bercakap, makan dan minum namun, ingatannya tidak baik susulan pendarahan di kepala.

Dia juga menjalani di bahagian muka di Hospital Sultan Ismail (HSI), semalam kerana rahang, tulang pipi dan hidung p4tah.

Alhamdulillah keadaan suami semakin baik, Doktor maklum disebabkan pendarahan dalam kepala ingatannya kurang baik, Kalau saya tanya nama dia sendiri, saya dan anak-anak, kadang-kadang dia ingat tetapi apabila beberapa jam tanya lagi dia lupa.

Kalau dia lupa, dia akan sebut nama orang lain dan bukan nama kami anak beranak, Rasa sedih, tetapi melihat perkembangan positif suami, berbanding hari pertama kemalangan, saya sangat bersyukur.

Doktor beritahu pendarahan itu akan pulih sendiri dan ambil masa tiga hingga empat bulan untuk perkembangan, sama ada dia perlu dibedah atau tidak, jika respons dia baik, maka tidak perlu bedah,katanya ketika ditemui hari ini.

Terdahulu, Noriha menerima sumbangan daripada Persatuan Keluarga Polis Kontinjen Johor di Rumah Perkep, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini.

Turut menerima sumbangan keluarga mendiang Nicholester yang diwakili kakaknya, Elizcavelynicy Unchi Unggat, 23.