D0akan Ikhtysam,” tngguh Spm disbbkan kmurungan ” (5Gmbr)

Kota Bharu : Sorang pelajar tingkatan lima terp4ksa menangguhkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sepatutnya diduduki Isnin lalu berikutan masalah kmurungan dihidapinya sejak hampir setahun lalu.

Haryani Mat Hussin, 42, berkata, anak kedua daripada sembilan beradik, Wan Nor Ikhtysam Wan Hassan Basri, 18, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Aman, Pasir Puteh mengalami masalah kesihatan terbabit sehingga tidak mengizinkannya menduduki peperiksaan SPM.

Sebak luahan ibu dilaman sosialnya apabila mengenangkan anaknya, dia yang juga peniaga karipap mini gigih membuat jualan demi menambah pendapatan untuk menampung kos rawatan anaknya yang kemurungan.

Assalamualaikum sahabat sahabat yang dikasihi dan dirahmati Allah, Ketika ni tak terluah rasanya, Dah dua kali temujanji anak kak tak datang.

Dia semakin menyendiri dan berkurung, Amat kasihan padanya dia semakin lemah sangat, Tapi ada daya kak nak jumpa atau tengok dia pun payah.

Berkali kali panggil pintu pun tak nak dibuka, Boleh rasa apa perasaan kak ketika tu?, Digagahkan langkah juga hari ni akak yang datang ke klinik tanpa dia, Tak terluah rasanya sehabis daya nak dia sembuh.

Dia sebenarnya sangat memerlukan perhatian dna sokongan.
Lemah longlai rasanya langkah ni, SPM dah tak lama lagi Memang dia dah tak mampu nak ambil.

Jauh di sudut hati ibu ni,nak sangat dia kembali sembu, Asalya dia seorang pelajar yang pintar, Anak yang sangat baik, Cuma dia agak pendiam dari adiknya Aiman.
Kak pula tak dapat nak beri perhatian sepenuhnya, Sibuk nak uruskan apa yang dipikul dan kesihatan kak juga agak tidak baik beberapa minggu kebelakangan ini, Tapi masih cuba bangkit dengan sisa kudrat.

Katanya, pada Mac tahun lalu, Wan Nor Ikhtysam tiba-tiba berkurung di dalam bilik selain enggan berjumpa dengan sesiapa, malah hanya keluar makan pada tengah malam saja.

Rutin itu pula berterusan hingga kini, Bimbang dengan keadaan Wan Nor Ikhtysam yang semakin hari semakin menjauhkan diri daripada kami sekeluarga, saya dan suami memujuknya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada November tahun lalu sebelum dia dirujuk kepada pakar psikiatri.

Bagaimanapun, keadaan Wan Nor Ikhtysam tidak banyak berubah. Dia juga enggan makan ubat yang dibekalkan hospital kerana menganggap dirinya tidak sakit, katanya ditemui di rumahnya di Kampung Guchil Bayam di sini, semalam.

Haryani berkata, anaknya itu sepatutnya mendapatkan rawatan susulan di HUSM Kubang Kerian bergantung kepada tahap kesihatannya namun Wan Nor Ikhtysam enggan meneruskan rawatan psikiatri meskipun dipujuk.

Dia masih dalam dunia dia Lemah longlai bila tengok dia masih begini,
Di nasihatkan untuk ubah environment dia,Nak ubah keadaan macam mana seperti yang dicadangkan.kalau segalanya menghimpit.

Dah tak dapat nak ambil spm tahun ni, Dia langsung tidak bersemangat, Nak usahakan untuk dia beri semangat baru bagaimana.

Segalanya terhad, Sokongan pun sehabis daya dah, Yang luluh hati ni sebab nak SPM tahun ni..😭, Dia pelajar yang cemerlang sebelum ni, Cikgu pun tak dapat nak buat apa2 dengan keadaan begini .

Selepas kematian suami pertama, saya sekali lagi mendirikan rumah tangga namun perkahwinan kedua tidak bertahan lama dan beberapa tahun kemudian saya bertemu jodoh dengan suami ketiga, Mohd Tarmizi Mustapa, 53, yang kini mengalami masalah kesihatan dan tidak boleh melakukan kerja berat.

Walaupun saya mendapat bantuan bulanan RM400 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ia tidak mencukupi untuk menyara kehidupan kami sekeluarga.

Bagi menampung hidup, saya dan suami menjual karipap mini dan popia dengan pendapatan RM300 hingga RM400 sebulan, katanya.

Menurutnya, ada kemungkinan kmurungan dialami Wan Nor Ikhtysam itu disebabkan kesusahan keluarga.

Saya sentiasa memberi kata semangat kepada Wan Nor Ikhtysam selain berd0a supaya dia segera sembuh.

Saya juga berdoa supaya Wan Nor Ikhtysam dapat menduduki peperiksaan SPM semula demi masa depannya,katanya.Credit Puan Alia, HM.