D0akan Dr Zulkifli disahkn P0S1TIF C0V1D19!

Kuala Lumpur : Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri didakwa positif C0V1D19 selepas pulang dari Sabah.

Dalam pada itu facebook Rasmi Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri juga memaklumkan mengenai perkara ini sebentar tadi.

Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif C0V1D1 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik.
Saya menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan C0V1D19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.

Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada C0V1D19. Insya-Allah.

Perkara tersebut disahkan juga melalui sumber dalaman kepada Malaysia Dateline.

Sumber memberitahu, ketika ini kesemua kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan sudah diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pagi tadi selepas Menteri hadir ke program tersebut sejurus pulang dari Sabah.

Zulkifli dilaporkan berada di Sabah untuk menghadiri beberapa program dan pulang ke Kuala Lumpur pada 24 September lalu.

Pada 25 September pula, beliau menghadiri program hari terbuka Yadim di Kelantan dan tidak menjalani kuarantin wajib.

Dikatakan juga Senator itu tidak berapa sihat sejak Sabtu pada 3 Oktober, namun beliau masih menghadiri beberapa anjuran program.

Pada semalam, Zulkifli telah menyampaikan bantuan kepada mahasiswa UiTM Shah Alam sebelum berangkat ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menyampaikan bantuan melalui misi.

Di Twitter, warganet mula mempersoalkan tindakan Menteri Agama yang tidak kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari Sabah.