Cepat syg pergi, tinggalkn papa dn ank ank yg masih perlukan mu!

Kuala Terengganu : Seorang wanita dan juga ibu kepada cahayamata meninggal dunia hari ini akibat masalah bengkak hati yang mana arwah sebelum ini disahkan menghidap kanser payudara.

Permergiannya mengundang pilu keluarga dan insan insan yang mengenali arwah yang mana arwah amat aktif berniaga atas talian dan punyai ramai kawan.

Rata rata antara mereka meluahkan rasa sedih apa yang menimpa arwah Dhia dan bila mendapat tahu arwah telah meninggal dunia awal hari ini.

Suatu kehilangan yang teramat dirasai, Rasa macam tak percaya bila dapat tahu awak dah pergi tinggalkan kami untuk selamanya.

Namun kami redha dgn ketentuannya,Sesungguhnya Allah swt lebih menyayangi adikku Dhia Akmal.

Semoga dikau tenang disana dan ditempatkan dikalangan hambanya yang beramal soleh, Damailah dikau di negeri abadi, Takziah buat adik ipar ku Mohd Fikri.

Semoga diberikan kekutan, ketabahan dan kecekalan untuk terus melangakah bersama anak anak yang tercinta.- Noor Yassin

Saya kenal arwah Dhia Akmal sejak saya awal awal bertugas di Kuala Lumpur, Seorang yang sangat baik, rajin dan bersemangat tinggi, Arwah berpindah balik ke Terengganu kerana mengikuti suami.

Atas tanggujawab ingin membantu ekonomi keluarga, arwah mula berniaga online. Hari hari saya akan baca post arwah di FB dan saya lihat arwah seorang yang sangta sangat bekerja keras dan tidak mudah putus asa.

Pernah arwah bagi tahu pada saya, “Sy ingin berjaya mcm cik khai, say nak belajar berniaga dgn cik khai..”. Ya Allah, sampai sekarang saya masih teringat kata kata arwah.

Alhamdulilah, Allah dah makbul doa arwah, Walaupun arwah tidak menjadi usahawan yang berjaya tetapi pada saya arwah tetap berjaya menjadi seorang usahawan yg tidak mudah putus asa, rajin, jujur.

Walapun pada masa yang sama arwah sedang melawan penyakit yang dialami hingga akhir hayat beliau.

Sekarang saya pulak yang akan berkata, “Saya ingin menjadi insan yang mulia, baik hati dan berjaya seperti arwah Dhia Akhmal”.
Al Fatihah – Khairul Malim Mohd

Bulan lalu arwah selamat menjalani pembedahan kanser payudara yang dideritainya tidak disangka dua tiga hari ini arwah menderita sakit bengkak hati dan dalam perancangan untuk membuat rawatan MRI.

Namun yang maha esa lebih sayangkan arwah Dhia menhembus nafas terakhir hari ini meninggalkan 4 cahaya mata yang masih kecil yang mana sibongsu baru dalam lingkungan usia 5bulan.

Semoga suami nya Mohd Fikri tabah dengan dugaan ini terlalu pantas apa yang berlaku kepadanya kehilangan isteri tersayang disaat anak anak yang masih kecil yang memerlukan kasih sayang ibunya. Al fatihah.