Cepat syg pergi, ” Baru berhajat utk berbuka sama x kesampaian ” (5Gmbr)

Kemaman : Hasrat seorang isteri untuk berbuka puasa bersama suaminya tidak kesampaian apabila pasangannya m4ut dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 107, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu, m4ngsa, Tengku Zawari Tengku Husin, 43, dari Kampung Limbong di Paka, Dungun m4ut di tempat kejadian.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 dari Kertih ke Paka dikatakan tercampak kira-kira empat meter selepas mel4nggar bahagian belakang lori dari arah sama.

Isterinya, Rosmawati Hussin, 41, berkata, mereka berdua belum sempat berbuka bersama pada Ramadan kali ini berikutan kekangan kerja masing-masing.

Katanya, sebelum kejadian, suaminya keluar ke masjid untuk menunaikan solat Zuhur sebelum berehat di Pantai Kuala Kertih.

Semasa suami berehat di pantai, kami sempat berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp dan merancang untuk berbuka bersama di sebuah restoran di Kertih.

Hampir setengah jam dia tak membalas mesej saya dan tiba-tiba, saya menerima panggilan suami kem4langan, katanya ketika ditemui.

Tular vide0 rakaman dashcam yang merakamkan detik apa yang berlaku kepada arwh , motosikal seseolah hilang kawalan selepas memotong sebuah kereta lalu merempvh lori terbabit.

Rosmawati berkata, mereka yang sudah 11 tahun berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata sempat keluar bersama pagi tadi untuk membeli barangan dapur.

Katanya, dia terkilan kerana suami tidak sempat menikmati hidangan pulut mangga air tangannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila m4ngsa yang dari arah Kertih ke Paka mengubah haluan ke lorong kiri sebelum mel4nggar bahagian belakang lori berkenaan.

M4yat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut manakala manakala pemandu lori berusia 30 tahun tidak mengalami sebarang keceder4an, katanya. Al fatihah.