Cepat mu pergi Alim, Polis Indra Mahkota djemput ilaahi Wira hilang kawalan!

Kuantan : Seorang anggota Polis Cawangan Indera Mahkota Kuantan men1nggal dun1a setelah terlibat kem4langan di Jalan Kuantan Sungai Lembing awal pagi tadi.

M4ngsa Konstabel Wan Abdul Halim Wan Basuki,24, yang memandu Proton Wira Hitam dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ditepi jalan menghala ke Taman Impian dekat depan Kolej Mara Kuantan menyebabkan bahagian hadapan wira remuk teruk.

Halim yang berasal dari Kota Bharu Kelantan disahkan men1nggal dun1a ditempat kejadian impak dari kem4langan kereta yang dipandunya, apa yang berlaku mengejutkan insan insan yang mengenali arwah yang disifatkan mereka seorang insan yang sangat baik.

Arw4h baru sahaja membeli kereta Proton Wiranya untuk kegunaan seharian dirinya setelah kereta Proton Gen 2 yang dimilikinya mengalami kerosakan.

Dalam pada itu Polis Kuantan melalui laman facebooknya mengenai kematian Konstable Halim awal pagi tadi.

Dimaklumkan bahawa Konstabel RF 211980 Wan Abdul Halim Bin Wan Basuki (24 Tahun) yang bertugas di Cawangan Lokap Berpusat Indera Mahkota, Kuantan Pahang telah kembali ke rahmatullah pada 15 November 2020 jam lebih kurang 2.30 pagi akibat kemalangan jalanraya di Jalan Kuantan Sg Lembing, Kuantan Pahang.

YDH ACP Mohamad Noor bin Yusof Ali Ketua Polis Daerah Kuantan bersama isteri YBhg Puan Ruzaya bt Mohd Nor, Pengerusi PERKEP IPD Kuantan serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan mengucapkan salam takziah buat keluarga arwah dan mendoakan agar rohnya dirahmati dan ditempatkan bersama-sama golongan orang beriman.

Semoga roh arwah Halim tenang disana permergian sungguh mengejutkan gugur seorang petugas barisan hadapan yang bertugas untuk negara.

Sama sama didoakan agar rohnya tenang disana bersama sama insan insan yang diredhai yang maha esa moga ayah dan ibu arwah tabah.Al-Fatihah.