Cara kahwin Illi Najwa brcanggah dgn ajaran Islam dn mengelirukn!

Kota Bharu : Kerajaan akan memanggil Illi Najwa Saddique yang berkahwin dengan Kapten Hoki India, Manpreet Singh Pawar, bagi mendapatkan penjelasan berhubung status agama mereka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, berkata wanita itu akan dipanggil sebaik kembali ke Malaysia.

Katanya, setakat ini pihaknya masih menunggu maklumat rasmi daripada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) berhubung status agama wanita berkenaan.

Bagaimanapun, berdasarkan maklumat awal yang diterima, wanita berkenaan masih seorang Muslim dan setakat ini tiada permohonan diterima untuk menukar agama.

Pada masa sama, kita juga tidak menerima permohonan daripada wanita berkenaan untuk berkahwin di luar negara.

Menerusi pembacaan saya di media sosial, wanita berkenaan masih Islam dan lelaki itu dikatakan sudah memeluk Islam akhir tahun lalu.

Bagaimanapun, perkara ini akan terungkai sebaik kita mendapat penjelasan daripada wanita itu sendiri, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pengagihan Bantuan Musim Tengkujuh kepada Nelayan dan Petani di Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor, di sini, hari ini.

Rabu lalu, Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia, Illi Najwa Saddique.

Pasangan itu sudah menjalinkan hubungan cinta sejak lapan tahun lalu. Majlis resepsi diadakan di kampung halaman Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.

Manpreet, 28, mengenakan sut perkahwinan punjabi yang lengkap dengan serban, sementara Illi Najwa kelihatan menawan dengan pakaian pengantin punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.

Mengulas lanjut, Marzuk bagaimanapun berkata, majlis resepsi yang diadakan itu bercanggah dengan ajaran Islam kerana terdapat unsur agama lain.

Kita memahami kegusaran masyarakat berhubung perkara berkenaan kerana ia agak sensitif,Bagaimanapun, setakat ini kita bersangka baik dan mengandaikan wanita itu masih Islam, katanya.

Sebelum ini tular Perkahwinan wanita yang dikatakan berasal dari Johor itu tular di media sosial berikutan gambar yang dikongsikan mengundang status agama wanita terbabit sehingga netizen meminta Jabatan Agama Islam Negeri Johor ( JAINJ) melalukan siasatan.

Terdahulu, tular di media sosial seorang wanita berusia 27 tahun itu berjaya mendapatkan permohonan khas daripada kerajaan Malaysia dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri India untuk terbang ke New Delhi.

Beberapa portal melaporkan pasangan itu dijadualkan berkahwin pada April lalu, namun terpaksa ditangguhkan kerana penularan C0V1D19.

Pemain itu kali pertama bertemu isterinya yang menyaksikan perlawanan ketika beliau mengetuai satu kejohanan di Malaysia pada 2012.