Byee ucpan trakhir sbongsu, Lgi 2 bln Kpl Firdaus akn brkahwin kata ibuu!

Tanah Merah : Habis satu b4dan saya berasa kaku sebaik mendengar anak kem4langan, baru sahaja pagi tadi kami bersalaman selepas dia minta izin untuk kembali bekerja, kata Rohaimi Ismail, 59.

Rohaimi, ibu kepada anggota polis Lans Koperal Ahmad Firdaus Ismail, 24, berkatanya, dia menerima berita mengenai kem4langan itu daripada jiran dan pada awalnya tidak percaya memandangkan baru ‘melepaskan’ anaknya pergi bertugas selepas cuti sakit selama empat bulan akibat kecederaan di lutut.

Saya tak sangka cuti panjang ini rupanya tempoh terakhir kami meluangkan masa bersama-sama malah, sepanjang di rumah dia sangat manja dan sering meluahkan perasaan kepada saya.

Sebelum dia bertolak jam 10 pagi tadi, saya dan suami sempat berpesan supaya memandu dengan berhati-hati dan menelefon kami sebaik sampai. Dia juga tidak menunjukkan sebarang perubahan dan hanya tersenyum seperti biasa.

Saya dapat tahu lokasi kem4langan adalah berdekatan dengan tempat dia pernah kem4langan sebelum ini yang menyebabkan dia mengalami patah tangan selain kecederaan teruk di lutut, katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Paloh, Bukit Panau, hari ini.

M4ngsa yang bertugas di Balai Polis Hutan Melintang, Hilir Perak, dilaporkan memandu kereta jenis Toyota Vios bertembung dengan lori dan meninggal di lokasi kejadian.

Rohaimi berkata, m4ngsa yang juga anak bongsu daripada enam beradik itu sempat menghantar gambar dalam kumpulan WhatsApp keluarga disusuli dengan perkataan ‘bye’ menjadi pesanan terakhir m4ngsa.

Saya sekeluarga reda dengan pemergianya, walaupun terkesan kerana arw4h seorang anak yang baik dan bertanggungjawab pada ibu bapa serta adik beradik.

Lebih menyedihkan, dia tidak sempat melangsungkan perkahwinan yang ditetapkan pada 13 Februari tahun hadapan. Hampir 70 peratus persiapan sudah dilakukan,bagaimanapun, aj4l menjemputnya dulu,saya reda.

Dalam kejadian 1 tengah hari, Koperal Firdaus Ismail yang bertugas di Balai Hutan Melintang, Hilir Perak m4ut di tempat kejadian, selepas kereta dipandu terbakar selepas bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 63.9 Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu di Kampung Air Jada, di sini, hari ini.

Manakala, pemandu lori berusia 43 tahun dari Kuala Besut, Terengganu bersama kelindan berusia 19 tahun dan penumpang lain berusia 16 tahun dari Bandar Permaisuri, Terengganu hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, siasatan awal mendapati mangsa memandu Toyota Vios bersendirian dari Tanah Merah, Kelantan untuk ke tempat anggota itu bertugas.

Menurutnya, lori berkenaan pula datang dari arah Pantai Remis, Perak menghala ke Kuala Terengganu.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, lori terbabit dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan Toyota Vios dipandu m4ngsa.

Akibat kemalangan itu, Ahmad Firdaus disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, Katanya m4yat m4ngsa dibawa ke Hospital Gerik untuk bed4h siasat.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik Pegawai Bomba Kanan II Zainal Abidin Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1.08 tengah hari sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi.

Menurutnya, anggota bomba mendapati kereta Toyota Vios terb4kar akibat kemalangan itu.

M4yat 4angsa kemudian dibawa keluar dari kenderaannya yang terb4kar 60 peratus oleh orang awam sebelum anggota bomba tiba di lokasi, katanya.

Insya-Allah, apabila segala urusan membawa balik selesai, jen4zah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Domis Bukat Panau Tanah Merah, katanya.Al fatihah.