Bulat mnyusul temaani atok, ” Baru 5 hari atoknya prgi” (5Gmbr)

Johor Bahru : Arw4h atuk selalu datang dalam m1mpi Bulat dan panggil Bulat, Bulat sayang sangat pada atuk.

Perkara itu sering diberitahu m4ngsa lem4s, Putra Ahmad Danial Abdullah, 9, kepada ibunya, Nur Syafariena Fazuera Ishak, 28, sejak seminggu lalu.

Nur Syafariena Fazuera berkata, anak sulungnya itu yang mesra dipanggil Bulat sangat rapat dengan arw4h bapanya, yang baru men1nggal dun1a Selasa lalu.

Selasa lalu, saya kehilangan ayah, Ishak Ibrahim, 53, akibat peny4kit kr0nik, hari ini saya kehilangan anak pula, Perasaan sedih itu tidak boleh digambarkan, tetapi saya reda dengan ujian Allah.

Sepanjang minggu ini, Bulat cerita sering termimpi arw4h atuk yang memanggilnya, Bulat memang rapat sangat dengan arw4h ayah saya sejak kecil lagi.

Saya tidak pernah sangka anak akan berjalan dan bermain sejauh lebih satu kilometer ke Sungai Skudai, Biasanya anak bermain di sekitar kawasan rumah kedai yang menjadi tempat tinggal kami di Jalan Jelawat, Kampung Baru Skudai, di sini, katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, hari ini.

Nur Syafariena Fazuera berkata, dia sedang menjaga anak perempuan berusia dua tahun pada 5 petang semalam dan masih terdengar suara arw4h anaknya bermain bersama rakan berbangsa Cina yang dipanggil ‘kawan syurga’.

Menurutnya, budak lelaki itu adalah kawan baru anaknya selepas berpindah dari Senai, bulan lalu dan dia tidak tahu terdapat sungai di kawasan berkenaan.

Saya berpesan kepada Bulat supaya bermain puas-puas sebelum sesi persekolahan bermula kerana apabila sekolah dibuka, Bulat perlu mengurangkan bermain dan fokus kepada pembelajaran.

Memang terkejut dengan pemergian anak dan tidak sangka dia bermain sehingga tidak pulang lagi ke rumah.

Sebelum ini dia ada bertanya, kalau Bulat men1nggal dun1a, ibu akan ikut Bulat sekali tak? Dia budak-budak lagi, jadi saya pujuk dia, mesti ibu ikut sebab ibu sayang Bulat, katanya sambil mengesat air mata.

Sementara itu, bapa tirinya, Mohd Hamdan Baharuddin, 36, berkata sebaik menyedari anaknya tidak ada di sekitar kawasan kediaman rumah kedai, dia segera mencari namun gagal menemui m4ngsa.

Katanya, selepas puas mencari, dia terus ke balai polis berhampiran dan dimaklumkan terdapat dua kanak-kanak lem4s di Sungai Skudai.

Saya tidak tahu dia boleh berjalan sebegitu jauh, Saya cuba cari di merata tempat sehingga hilang punca dan terus ke balai polis berhampiran untuk bertanya.

Sebaik dimaklumkan polis terdapat dua kanak-kanak lem4s di Sungai Skudai, saya terus bergegas ke lokasi dan sangat sedih melihat jasadnya,katanya. Al fatihah. Credit HM.