Brehatlh syg abg akn jga ank2 kita,” Hmpir 13thun hidupp brsama ” (6Gmbr)

Shah Alam : Seorang lelaki berkongsi kisah sedih kehidupannya bila diduga isteri tersayang pergi buat selamanya dijemput ilahi meninggal dunia secara mengejut.

Pasangan Nazri Ahmad dan arw4h isterinya Natasha sudah hampir 13 tahun mendirikan rumah tangga, tanggal 23 march lalu genaplah 13 tahun usia perkahwianan mereka namun belum sempat menyambut ulangtahun ke 13 pada 23 March isteri tersayang telah pergi buat selamanya pada 6 febuari lalu disebabkan Asma atau lelah.

Arw4h isteri Puan Natasha seorang yang aktif dilaman sosial dia juga aktif digroup facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official berkongsi kisah seorang ibu memasak sambil menguruskan 6 orang cahayamata yang masih kecil.

Dua minggu sebelum dia meninggal dunia naik lagi kisah yang dikongsinya di page Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official ” Rahsia seorang ibu Makan megi senyap2 kat dapoq takut anak mintak🤣 Tak helok untuk kanak-kanak.”

Itu lah post terakhir arw4h isterinya di page ” Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official “.

Disebabkan kisah tersebut ramai yang terkejut bila mendapat berita yang Arwah Puan Natsaha sudah tiada ramai yang bertanya mengenai keluarga encik Nazri dan bagaimana dia menguruskan 6 anaknya tanpa isteri tersayang disisi.

Ini yang ditulis encik Nazri melaluai laman sosialnya bila wartawan ada menelefon dirinya untuk mengetahui lebih lanjut kisah hidupnya disamping 6 anaknya.

” Pengalaman lalu membuatkan kita kuat, Tadi ada wartawan call sembang-sembang sikit pasal pengalaman membesarkan anak-anak selepas kematian mengejut isteri saya Februari lepas.

Saya just ceritakan apa yang saya lalui pengalaman sendiri bukan dari bahan bacaan di mana-mana sumber bukan nak mengaku hebat pun Hebat tu Allah punya sifat.

Saya membesar tanpa ibu sejak kecil kematian ayah pula beberapa tahun kemudian Dah biasa hidup sendiri Dan kebetulan bertemu jodoh dengan Natasha Mik’yal Juga anak yatim.

Dikurniakan 6 anak, alhamdulillahh Yang kami selalu rancangkan once dah besar anak-anak nanti kami nak travel berdua ke sana sini Tinggal je lah depa di asrama atau hangpa dok ja lah sendiri di rumah Mama abah nak p ronda naik Harley Davidson.

Btw Ada sapa2 nak hadiahkan dak? 😁

Kami ni soulmate Loving couple Tapi selalu bergaduh jugak Selalu berbeza pendapat Tapi tak boleh berenggang sebab hubungan kami bukan sekadar suami isteri.

Tapi kawan rapat Banyak benda kami boleh bual dan bincangkan. Punya rapat sampai selepas kematian Natasha, anak saya cakap kesian abah takdak kawan sembang dah setiap malam sebelum tidur.

Natasha ni dulu memang suka bercakap Pot pet tak berhenti Berletiaq pun tak berhenti Kalau drive, sambil dia dok sebelah selalulah terbabas silap jalan sebab tak boleh fokus WAZE Haishh rindu lah pulak.

Anak-anak 6 orang ni lah kami besarkan sendiri Berpantang sendiri di rumah sendiri Takdak pun memori hantar bini balik rumah mak or mak mertua Serba serbi sendiri.

Saya yang tak pandai memasak pun terpksa belajar masak Kena paksa Sempat sekali rasanya hire confinement lady sebab anak dah ramai Tak boleh kalau takdak backup bantuan.

P bawak anak-anak ke Klinik Kesihatan rutin suntikan secara solo tu dah biasa sangat sebab isteri boleh rehat di rumah, Dulu pun pernah bawa anak kembar kami pergi cucuk Pergi sorang Just bawak stroller ja Siapa kata suami tak boleh buat Boleh aihhh Cuma kena biasakan diri Tak biasa buat, memang susah.

Saya dulu walaupun isteri masih ada, selalu ja tanpa isteri ke sana sini bawak anak P tengok wayang lah, p kelas BMX lah, p makan kat luar lah Bini dok di rumah.

Orang laki, kalau reti bagi bini beranak ja tapi tak reti jaga anak Rugi lah Kesian ke bini, Saja lah teringat nak sharing kisah ni Sebab benda ni lah tadi cerita kat wartawan.

Sebak membaca tulisannya semoga encik Nazri terus kuat demi anak anak tersayang semoga roh isterinya tenang disana, untuk membaca lebih kisah keluarga encik Nazri boleh ke facebooknya Nazri Ahmad. Al fatihah.Credit Nazri Ahmad.