Brakhir sudah drita Kpl Azmi, pnghidap knser rahang mninggal dunia (5gmbr)

Kepala Batas : Dukacita dimaklumkan bahawa KPL AZMI BIN KAMARUDIN telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Jen4zahnya akan dibawa ke Masjid Abdullah Fahim, Proses pengurusan jen4zahnya akan dilaksanakan oleh ahli keluarga yang terdekat seramai 10 orang (mengikut pekeliling PKP).

Bagi kenalan, jiran tetangga dan saudara mara yang tidak dapat hadir solat jen4zahnya, bolehlah solat jenazah ghaib selepas selesai proses pengurusan jen4zahnya.

Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Berpusat Masjid Abdullah Fahim.

Pihak Masjid Abdullah Fahim mengucapkan Salam Takziah buat keluarga Allahyarham.

Marilah Sama-Sama Kita Doakan Agar Roh Allahyarham Dicucuri Rahmat Dan Di Tempatkan Dalam Kalangan Orang Yang Beriman. InshaaAllah.

Ya Allah Ya Tuhanku Ampunilah Dia, Rahmatilah Dia, Maafkanlah Dia, Muliakanlah Kematiannya, Lapangkanlah Kuburnya, Jadikanlah Syurga Sebagai Ganti Tempat Tinggalnya Dan Berilah Kesabaran Kepada Ahli Keluarganya, Semoga Arwah Di Tempatkan Di Kalangan Orang-Orang Yang Beriman.

Semalam keperitan hidup Koperal Azmi Kamarudin yang menghidap b4rah rahang mulut terubat apabila menerima kunjungan rakan setugasnya daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara di sini pada Isnin.

Walaupun keadaannya lesu dan hanya mampu terbaring di atas katil, namun Azmi, 34, mampu mengukir senyuman selepas mengetahui rakan-rakannya hadir menziarahinya.

Isterinya, Koperal Noor Ifa Md Sukari, 36, berkata, suaminya pernah meluahkan hasrat untuk bertemu kembali dengan rakan sekerjanya yang bertugas di Balai Polis Kepala Batas selepas keadaannya semakin tenat.

Menurutnya, hasrat suaminya itu yang bertugas di Bahagian Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai pihak.

Saya cuma memaklumkan secara dalaman tetapi menjadi tular namun reaksi suami apabila menerima kunjungan rakan-rakannya menunjukkan dia sangat gembira dan mengenali mengenali mereka.

Mungkin dia ingin mencari semangat dan doa dari rakan-rakannya kerana penyakit yang dialaminya, katanya ketika ditemui di kediaman mereka di Taman Bertam Perdana, di sini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy hadir menziarahi Azmi pada Isnin.

Menceritakan mengenai keadaan kesihatan suaminya, Noor Ifa berkata, Azmi pernah menjalani pembedahan pada 2012 selepas terdapat ketumbuhan di bahagian gigi.

Katanya, satu lagi ketumbuhan dikesan di bahagian mata berhampiran otak pada 2018.

Ketumbuhan itu dibuang ketika mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) namun lama kelamaan merebak sehingga menjadi kanser menyebabkan keadaan kesihatan suami semakin merosot.

Suami saya dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) pada Jumaat lalu selepas mengalami sesak nafas tetapi doktor menasihatkan supaya dibawa pulang kerana keadaan C0V1D19 yang boleh membahayakan nyawanya, katanya.

Noor Ifa berkata, dia hanya menuruti nasihat doktor dan bersyukur kedua ibu bapa mentuanya dari Sarawak datang ke Pulau Pinang untuk memberi semangat kepada anak mereka.

Katanya, mereka juga berhasrat membawa pulang suami ke kampung untuk dirawat di sana.

Sementara itu, Noorzainy berkata, pihaknya sebelum itu sudah beberapa kali menziarahi Azmi selepas mendapat khabar mengenai penyakit dialami anggota polis terbabit.

Katanya, mengenai permintaan untuk membawa pulang Azmi ke Sarawak bagi mendapatkan rawatan di sana, beliau akan meminta isterinya mendapatkan surat daripada doktor sebelum membuat tindakan lanjut. Al fatihah.