Brakhir sudah deritaa mu, 39 ekor sibulus khilangan tuan trsayang (5gmbr)

Shah Alam : Seorang anggota Polis wanita yang juga pencinta kucing meninggal dunia akibat k4nser rahim yang dideritainya, apa yang paling memilukan ketika hidupnya arwah memelihara 39 ekor kucing yang dijaga dengan penuh kasih sayang.

Sarjan Nur Emelia Abdul Wahab yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Shah Alam disahkan meninggal dunia akibat kenser, dia yang tinggal dikauters Polis Seksen 9 Shah Alam.

Permergian mengejutkan ramai yang bersedih permergian arw4h tambahan pula kesihan 39 ekor kucingnya yang kini kehilangan tuan yang setiasa menjaga kucing kucing tersebut dengan penuh kasih sayang.

Melalui laman facebook arw4h dia ada memuat naik gambar dan video kucing kucingnya kadang kala dia terpaksa meninggalkan seketika kucing kucingnya ketika menjalani rawatan di Hospital.

Permergiannya mengundang pilu insan insan yang mengenali arwah, Rehatlah dengan senyuman dan ketenangan wahai bidadari syurga, Tiada lagi kesakitan buatmu di sini, Rehatlah dengan tenang, Semoga segala urusan dipermudahkan Allah buatmu disana.

Buat waris waris yang ditinggalkan, saya doakan anda semua kuat utk menghadapi ujian ini.

Pada yang sudi nak adopt anak ank bulus jagaan Allahyarhamah, boleh datang ke berek polis Seksyen 9, Segala jasa baik tuan/puan sya dahulukan dgn ribuan terima kasih.

Allahyarhamah Sarjan Nor Emelia binti Abd Wahab. Allahyarhamah berkhidmat di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Allahyarhamah juga pernah berkhidmat di Cawangan Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan Kontinjen Selangor, Allahyarhamah berumur 44 tahun dan telah kembali ke rahmatullah di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada jam 4.00pagi tadi.

Jenazah Allahyarhamah Sarjan Nor Emelia binti Abd Wahab akan dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh, Selangor.

Seluruh warga Polis Kontinjen Selangor mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. – Polis Selangor.

Semoga keluarga arwah tabah yang maha esa lebih sayangkan arwah, semoga ada pihak tampil untuk mengambil dan memelihara 39 ekor kucing kesayangan arwah. Al fatihah.