Brakhir deritaa mu syg , Rehatlh abg akn jaga bby dan ank2 kita (5gmbr)

Kuala Terengganu : Ibu kepada tiga cahaya mata yang k0ma selepas sebulan melahirkan anak ketiga men1nggal dunia Khamis lalu.

Marihah Husin, 35, yang juga warga Kemboja menghembuskan n4fas terakhir kira-kira jam 11 pagi selepas mengalami kesukaran bern4fas.

Suaminya, Hussain Muddasar, 34, berkata, dia menguruskan isteri termasuk menukar lampin kira-kira jam 8 pagi sebelum dilihat sukar bernafas kira-kira jam 10 pagi.

Saya terus menelefon ambulans tetapi dia men1nggal dunia sebelum ambulans tiba,katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Allahyarham Marihah sebelum ini mengalami k0ma selama tiga bulan selepas terj4tuh di dapur kira-kira jam 3 pagi ketika mahu menyediakan susu untuk anaknya.

Jen4zahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Sri Manir, di sini Khamis lalu.

Sementara itu, Hussain yang juga warga P4kistan berkata, dia akan terus berusaha menjaga dan membesarkan ketiga-tiga anaknya sendiri walaupun ada yang meminta kebenaran untuk menjadikan anak bongsunya yang berusia empat bulan sebagai anak angkat.

Saya ingin membesarkan mereka sendiri, Sebolehnya saya tidak mahu memisahkan mereka bertiga. Biarlah membesar bersama-sama,katanya.

Hussain turut menyatakan hasrat untuk berpindah berdekatan kediaman saudara isterinya kerana bimbang tiada siapa menjaga anaknya.

Hasil perkongsian hidup Hussain bersama Marihah sejak 15 Mac 2014 dikurniakan dua lagi sahaya mata berusia lima dan tiga tahun.

Sebelum ini bapa kepada tiga anak di Taman Sri Manir, di sini buntu memikirkan cara untuk menguruskan kehidupan setelah isterinya koma selepas sebulan melahirkan cahaya mata ketiga.

Hussain Muddasar, 34, berkata, isterinya, Marihah Husin, 35, kini telah masuk tiga bulan k0ma dan pernah dirawat selama dua bulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Ketika dua bulan isteri saya di hospital, saya ada masa untuk keluar berniaga nasi briyani di tepi jalan bagi mencari sumber rezeki.

Kini sudah hampir sebulan selepas dia dibenarkan pulang ke rumah, saya tidak boleh ke mana-mana kerana perlu menjaganya setiap masa, katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Hussain berkata, dia perlu menukarkan lampin pakai buang isterinya bagi memastikan sentiasa dalam keadaan bersih serta memberinya susu setiap empat jam sekali melalui tiub yang dipasang pada r0ngga hidung.

Sekarang isteri saya hanya diberi minum susu melalui tiub yang dipasang pada saluran hidung manakala bahagian leher pula ditebvk untuk saluran pern4fasan.

Setelah bertarung ny4wa isteri tersayang pergi jua tinggalkan dirinya dan anak yang masih kecil semoga dia kuat dan tabah demi anak anak. Al fatihah.