Biasa lihat org hilang suami, kini alami sendiri amat memeritkan saat anak masih kecil!

Taiping : Sebak melihat seorang insan bergelar isteri atau ibu yang kehilangan insan tersayang bergelar suami disaat kehidupan dipuncak bahagia.

Hasrat seorang suami untuk membawa anak isterinya makan diluar selepas tamat waktu kerjanya berakhir dengan tr4gedi apabila terlibat dalam satu kemalangan m4ut di Jln Perindustrian 3, Kamunting Inds Estate pada 2 Sept 2020 jam 845 malam.

Menurut balu, Allahyarham akan membawa mereka sekeluarga keluar makan selepas pulang kerja, namun tidak tahu mengapa Allahyarham masih belum tiba dirumah sehingga jam 9 malam kerana jarak antara rumah ke tempat kerja hanya memakan masa kurang 10 minit perjalanan.

Allahyarham Mohammad Razin Azhar merupakan seorang QA dengan majikan TCH Furniture Inds SB di Kamunting sejak 1.8.2019 sehingga bulan kematiannya.

Pada hari kejadian Allahyarham bekerja mulai jam 830 pagi dan telah bekerja lebihmasa sehingga jam 830 malam dan sejurus tamat waktu kerjanya, Allahyarham menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya.

Diperjalanan itu lah motosikal ditunggangnya bertembung sebuah lagi motosikal yang dipercayai melawan arus di Jalan Perindustrian 3, Kamunting.

Mohd Razin bin Azhar, 32, yang menunggang motosikal jenis Kawasaki men1nggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang sebuah lagi motosikal mengalami patah kaki kiri dan kini dirawat di Zon Kuning Hospital Taiping.

Jen4zah telah selamat dikebumikan pada 3 Sept 2020 di Tanah Perkuburan Islam Assam Kumbang Taiping Perak.

Allahyarham yang telah mendirikan rumahtangga dengan pasangannya Najwa Bt Mohd Daud pada tahun 2015 dan hasil perkahwinan telah dikurniakan 2 orang anak perempuan berusia 1 dan 4 tahun.

Pada hari ini Pengurus Perkeso Taiping YM Tunku Shahrain Bin Tunku Salehan bersama Pengurus Pentadbiran & Sumber Manusia TCH Furniture Inds SB,Puan Sakdiyah Muslim telah hadir ke rumah balu bagi menyampaikan Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2000 kepada balu.

Tuan Pengurus juga memaklumkan bahawa balu akan menerima Pencen bulanan seumur hidupnya manakala anak-anaknya akan menerima pencen sehingga mencapai umur 21 tahun.

Pada masa yang sama, majikan Allahyarham juga telah mengemukakan Borang Tuntutan Kem4langan /Kem4tian bagi kes ini pada 3 Sept 2020 untuk tindakan Perkeso selanjutnya.

Semoga Puan Najwa tabah dengan dugaan ini yang maha esa lebih sayangkan arwah suami, semoga rohnya tenang disana bersama sama insan yang diredhai yang maha esa. Al fatihah.