Besar dugaan mu Cikgu Asman, ank tersayang ajaal depan rumah (4gmbr)

Tawau : Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun m4ut dilanggar sebuah pacuan empat roda di hadapan rumahnya di Taman Semarak, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian 4.20 petang itu, Nuh Muhammad Dzulqarnain Asman, 5, disahkan men1nggal dun1a semasa mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Tawau.

Difahamkan ketika kejadian, m4ngsa bermain di kawasan halaman rumahnya dan pada masa sama sebuah kenderaan dipandu lelaki berumur 69 tahun bersama isteri melalui kawasan perumahan itu.

Innalillahiwainnailaihirojiun, mendapat perkhabaran sedih dari kampung halaman, Salam takziah buat sahabat saya Cikgu Asman dan keluarganya.

Semoga mereka kuat dan tabah dengan musibah ini, Besar betul dugaannya, semoga semua urusan dipermudahkan, sedih betul kalau melibatkan anak kecil ni 😰Al fatihah.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, ketika sampai di tempat kejadian, pemandu terdengar suara orang menjerit ‘budak’ sebelum dia memberhentikan kenderaannya.

Beliau berkata, sebaik lelaki itu keluar dari kenderaannya dia mendapati seorang kanak-kanak lelaki terbaring berhampiran tayar hadapan sebelah kanan.

M4ngsa yang mengalami kecederaan parah terus dibawa ke hospital, namun disahkan men1nggal dun1a semasa menerima rawatan di unit kecemasan, katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Peter berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil untuk menyalurkan maklumat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau merbahaya, katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan ibu bapa supaya lebih peka dan memantau kegiatan anak-anak masing-masing bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Al fatihah.