Berguguran airmata trkenang istri, ketika jenguk rumah sewa lps istri mninggal (4gmbr)

Rantau Panjang : Setiap yang hidup pasti akan merasai mati, jodoh pertemuan ajal dan m4ut semua ditentukan yang maha esa inilah hakikatnya sebuah kehidupan.

Melalui perkongsian web Oh My Media apa yang terjadi kepada Syed Mohd Izzuddin amat memilukan itulah hakikat yang terpaksa beliau terima walaupun setiasa bergenangkan air mata bila mengenangkan arwah isteri Arsamisa yang pergi buat selamanya.

Siapa yang tidak sedih apabila mengenangkan insan tersayang yang telah tiada setiap kali memandang sesuatu yang boleh mengingatkan kita kepada dia.

Dalam satu muat naik VIDE0 yang dibuat oleh seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai Syed Mohd Izzuddin, dia telah berkongsi momen menyedihkan apabila kembali ke rumah sewanya yang didiami dengan isteri tercinta sebelum wanita itu men1nggal dunia.

 

Pada awalnya, Syed cuma bercerita dan menunjukkan kawasan rumah sewa itu sebelum memulangkan kunci kepada tuan rumah. Namun, setelah memasuki bilik tidur dia dan Allahyarham isteri, tiba-tiba sahaja dia berasa sebak dan menitiskan air mata.

Menerusi perkongsian-perkongsiannya yang terdahulu, isterinya yang dinikahi pada April 2020 baru sahaja empat bulan meninggal dunia setelah terkena ser4ngan j4ntung.

Dia yang bekerja sebagai pembancuh air pada siang hari dan pengawal keselamatan pada waktu malam mengakui begitu merindui sosok isterinya yang sudah pergi selamanya.

Posting yang dimuat naik tersebut telah mendapat puluhan ribu tontonan di Tiktok, Rata-rata mereka memahami apa yang dirasakan oleh Syed dan mendoakan agar lelaki itu terus tabah dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan pada masa akan datang.

Semoga Syed terus kuat untuk menempuhi hari hari mendatang tanpa isteri tersayang disisi, sama sama kita doakan arwah isteri Syed tenang disana ramai orang sayangkan dirinya namun yang maha esa lebih sayangkan dirinya. Al fatihah.