Berehatlh Kimi, dirimu hero kami membantu dlm musibh bnjir (4gmbr)

Kuala Krai: Seorang lelaki ditemukan lem4s selepas terj4tuh dari perahu ketika dalam perjalanan menghantar mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS) dalam kejadian di Kampung Manjor, dekat sini, malam tadi.

Mayat Mohammad Hakimin Rahim, 20, dijumpai oleh ahli keluarganya di dasar sungai di tempat dia dilaporkan terjatuh dari perahu jam 8.30 pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, m4ngsa tiba-tiba pengsan lalu terjatuh ke dalam sungai sewaktu mendayung perahu ketika membawa dua penumpang untuk ke PPS berdekatan.

Laporan awal dari ibu arwah Kimi ” Di khabarkan satu berita menyedihkan dari kampung melalui panggilan telefon daripada ibu,seorang remaja bernama Hakimi dalam gambar yang bertanda,telah jatuh di dalam sungai lingkungan jam 9-10 malam sewaktu beliau membantu orang kampung dalam banjir.

Mengikut cerita yang dikhabarkan oleh ibu saya,beliau tiba-tiba pengsan lalu terjatuh bersendirian dalam sungai sewaktu mengayuh perahu ketika membawa dua orang penumpang.

Kejadian ini berlaku,disebabkan juga m4ngsa sudah kehilangan tenaga dan rehat.kerana mangsa aktif membantu penduduk kampung bermula pagi sehingga malam.”

M4ngsa dikatakan terlalu kepenatan dan mengalami kekejangan berikutan cuaca sejuk semasa membantu penduduk kampung sejak dari awal pagi sehingga malam.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Rizwan Ar-Rafee Parsimin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.07 malam dan seramai lima anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan dan ditamatkan pada jam 12.31 pagi tadi berikutan keadaan gelap selain hujan dan air mula menaiki beberapa kawasan rendah.

Bagaimanapun ketika pihak kami bersiap untuk menyambung operasi SAR m4ngsa pada pagi ini namun dimaklumkan m4ngsa sudah dijumpai oleh ahli keluarganya, katanya ketika ditemui di BBP Kuala Krai, di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk tindakan selanjutnya.