Berehatlh isee hilaang sudh sakittmu, psti karyamu drindui!

Putrajaya : Kartunis terkenal Mohamad Ikhsan Kamarudin disahkan meninggal dunia pada pukul 1.37 pagi tadi.

Arwah Ikhsan disahkan mengh1dap K4nser Pangkal Hidung tahap 3 dan menerima rawatan di Pusat K4nser Negara Putarajaya.

Saya yakin ramai mengenali Artortoise full lewat kartun beliau yang sarat dengan unsur nasihat dan dakwah.

Sama-sama kita doakan Mohamad Ikhsan bin Kamarudin dipermudahkan urusan dalam pembedahannya hari ini, Saya baru dimaklumkan beliau menghidap K4nser Pangkal Hidung Tahap 3 – Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Melalui facebook page Artortoise dengan dukacitanya mereka memaklumkan permergian kartunis terkenal tersebut yang merupakan nadi dan tulang belakang kewujudan Artortoise.

Assalamualaikum WBT, Dukacita dimaklumkan bahawa saudara Mohamad Ikhsan bin Kamarudin ikhsanise Artortoise telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.37 pagi 1 Disember 2020.

Sehubungan itu kami bagi pihak Artortoise ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang mengenali beliau sekiranya Allahyarham ada terbuat salah silap atau ada karya² beliau yang menyinggung sesiapa sama ada secara sengaja dan tidak sengaja.

Kami juga memohon doa dari semua supaya dipermudahkan urusan perjalanan Allahyarham ke alam sana, InshaAllah jenazah akan dikebumikan di Bandar Seri Putra, Kajang pagi ini.

Terima kasih kerana sentiasa menyokong Artortoise selama ini. InshaAllah Artortoise akan kembali semula suatu hari nanti.

Arwah berasal dari Kelantan meninggalkan seorang isteri semoga keluarga arwah tabah yang maha esa lebih sayangkan arwah. Al fatihah.