Berehatlah sayang, tunggu mama disana kami akan rinduimu!

Putrajaya : Permergian mengundang kesedihan buat mama kepada penyanyi Sandra Dianne, Nor Syakinah merayu kepada mana-mana individu yang terambil telefon pintar milik anaknya itu sewaktu kem4langan baru-baru ini supaya memulangkannya kembali.

Nor Syakinah berkata, pihaknya sangat memerlukan telefon itu yang menyimpan pelbagai dokumen penting terutama berkaitan kerja penyanyi itu.

Sandra menggunakan telefon jenis Samsung S20 Ultra. Ia adalah telefon yang selalu dia gunakan untuk urusan kerja, Segala maklumat mengenai media sosial seperti Instagram dan Twitter tersimpan di situ selain maklumat-maklumat sulit yang lain.

Saya mohon kerjasama kepada individu yang ada menyimpan telefon anak saya untuk memulangkannya semula kepada saya. Bantu saya sebarkan supaya rayuan ini sampai kepada mereka yang berkenaan, katanya.

Astro Awani melaporkan Penyanyi dan peserta Big Stage musim ketiga, Sandra Dianne dilaporkan meningg4l dunia di Hospital Putrajaya pada awal hari ini.

Berita sedih mengenai pemergian Sandra, 26 tahun, itu dikongsikan rakan penyanyinya, Sufie Rashid di laman Instagram peribadinya.

Selamat pulang ke rahmatullah sahabatku. Anda seorang rakan baik yang mempunyai hati yang mulia.

Terima kasih sebab beri saya peluang untuk satu pentas dengan awak.

Semoga awak tenang di sana. Innalillahiwainnailaihirojiun, kata Sufie menerusi satu entri di Instagram awal pagi ini.

Rakan seperjuangan Sandra dalam program realiti Big Stage 2020, Usop, turut berkongsikan berita duka menerusi satu entri di laman Instagram peribadinya dengan kapsyen yang berbunyi:

Assalamualaikum semua. Tolong sedekahkan al-Fatihah untuk sahabat seperjuangan saya yang kini telah pulang keramatullah.
Sandra rehat k. Al-Fatihah, kata peserta Big Stage berkenaan.

Pada Sabtu lalu, Sandra, atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria dilaporkan terlibat dalam satu kem4langan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).

Insiden tersebut berlaku tatkala penyanyi kelahiran Sabah tersebut sedang menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani sesi latihan penuh konsert minggu keempat.Al fatihah.