Bby baru 6 hari laahir, ” Ajaal suaami dan ank ke2 otw htar istri brpantang ” (6Gmbr)

Kuantan : Perjalanan seorang Anggota tentera bekas Anggota MALBATT ATM meninggal dunia bersama anak lelakinya bila kereta perodua Viva yang dinaiki mereka dirempvh sebuah Toyata Hilux dalam kejadian di LPT semalam.

Seorang anggota tentera dan anak lelakinya m4ut selepas kenderaan yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux di KM137.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala Kuantan di sini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh, berkata Mohamad Kausa Mustafa, 36, dan anaknya, Muhammad Ridwan berusia lima tahun men1nggal dunia di tempat kejadian pada jam 1.50 tengah hari itu.

Beliau berkata, isteri mangsa, Ainul Yaqin Mokhtar, 31, dan dua lagi anak mereka, Nursyuhada, 8, serta Nur Sakinah berusia enam hari yang turut berada dalam kereta Perodua Viva itu mengalami keceder4an dan sedang menerima rawatan di Hospital Temerloh.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kenderaan yang dinaiki Mohamad Kausa sekeluarga dikatakan membuat brek secara mengejut dan menyebabkan pemandu Toyota Hilux tidak sempat mengelak dan mel4nggar bahagian belakang kereta berkenaan.

Pelanggaran ini menyebabkan kenderaan Mohamad Kausa terbabas ke sebelah kiri jalan dan kereta itu mengalami kerosakan teruk di bahagian belakang, katanya dalam kenyataan malam tadi.

Kamarulzaman berkata, pemandu Toyota Hilux berusia 21 tahun serta penumpangnya berusia 46 tahun selamat dan hanya mengalami keceder4an ringan.

Semoga Puan Ainul tabah dengan apa yang berlaku yang maha esa lebih sayangkan arw4h suaminya dan arw4h anak lelakinya mereka berdua dijemput ilahi dihari jumaat dan dibulan mulia ramadan. Al fatihah.