Baru 7 bulan bergelar suami isteri, kini terpisaah selamaanya!

Kajang : Syed Kamarul Syed Rasit p4rah akibat kem4langan di Kilometer 2.2 Lebuhraya SILK arah Balakong apabila motosikal yang ditunggang bersama isteri dirempvh sebuah kereta Mini Cooper dalam kejadian awal pagi semalam.

Syed Kamrul Syed Rasit,27, disahkan men1nggal dunia ketika dirawat selepas hampir 18jam bertarung ny4wa di Hospital Serdang impak kemal4ngan yang menimpa mereka.

Dalam kejadian itu, isteri m4ngsa yang membonceng turut mengalami kecederaan dan p4tah kaki selepas dilanggar sebuah kereta.

Rakan mangsa yang dikenali dengan nama Ipin memuat naik kisah sedih yang menimpa arwah disebabkan kecuaian orang lain rakannya menjadi mangsa, Syed baru 7 bulan berkahwin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian kira-kira jam 12.15 tengah malam itu dipercayai berlaku ketika m4ngsa bersama isterinya yang berada di laluan kanan mengubah laluan ke lorong tengah.

Sebuah kereta Mini Cooper yang berada di laluan itu gagal mengelak sebelum melanggar m4ngsa dari arah belakang.

Kejadian itu menyebabkan m4ngsa mengalami kecederaan p4rah di kep4la manakala isterinya dilaporkan p4tah kaki sebelum dikejarkan ke Hospital Serdang untuk rawatan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kira-kira jam 5.40 petang hari yang sama, m4ngsa berusia 27 tahun disahkan men1nggal dunia.

Katanya, pemandu kereta berusia 23 tahun itu kemudian ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut.

Siasatan awal mendapati pemandu kereta terbabit tidak dikesan berada di bawah pengaruh alk0hol namun ujian d4rah akan dibuat untuk pengesahan lanjut,katanya.

Tambahnya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Al fatihah.