Bantu saya tegak kan keadil an buat istri, mereka cuai dia deritaa (5Gmbr)

Seremban : Hancur luluh hati seorang suami bila isteri tersayang terbaring dikatil akibat kehilangan kaki sebelah kiri dibawah paras lutut akibat dip0tong berpunca dari kencing manis pada jari kakinya dan kini terpaksa menggunakan kerusi roda buat selamanya.

Pada Ogos tahun lalu bermulalah detik pilu isteri kepada En Othman Lateh bila mana isterinya disahkan menghidap kencing manis yang agak kronik.

Isterinya terpaksa menjalani pembedahan memotong jari kaki no 4 pada 20 Ogos tahun lalu di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJ) dan telah dibenarkan keluar Hospital pada 23 Ogos 2020.

Pihak Hospital Tuanku Jaafar telah mengarahkan beliau membawa isterinya ke Klinik Kesihatan Rembau untuk rawatan susulan dan mencuci luka pada bahagian jari no 4 yang telah dipotong setiap hari.

Namun setelah selesai membuat rawatan cuci luka tersebut pada 24 Ogos 2020 Pihak Klinik Kesihatan Rembau telah membuat keputusan dan mengubah jadual mencucui luka jari kaki isterinya kepada selang sehari.

Dia agak terkejut dengan perubahan jadual mencuci luka jari kaki yang dibuat oleh pihak Klinik Kesihatan Rembau, pihak klinik juga menyatakan yang isterinya tidak perlu datang setiap hari untuk mencuci luka terbabit berlainan benar dengan apa yang diarahkan oleh pihak Hospital Tungku Jaafar yang mengarahkan rawatan cuci luka harus dilakukan setiap hari.

Akur dengan arahan klinik Kesihatan Rembau dia tidak membawa isterinya untuk mencucui luka pada 25 Ogos 2020 dan ketika itulah jari kaki sebelah jari yang dipotong bertukar menjadi kehitaman akibat jangkitan kuman.

Disebabkan isterinya tidak tahan kerana terlalu sakit jari kakinya yang kehitaman akibat jangkitan kuman dia terpaksa membawa segera isterinya ke Hospital Rembau untuk rawatan selanjutnya namun Hospital Rembau telah merujuk kes tersebut ke Hospital Tuanku Jaafar semula.

Doktor Hospital Tuanku Jaafar telah memaklumkan luka pembedahan kaki isterinya perlu dicucui setiap hari dan tidak boleh diselang sehari, jika selang sehari mengakibatkan jangkitan kuman pada jari yang lain.

En Othman berasa amat kesal kerana kecuaian Pembantu Klinik Kesihatan Rembau yang telah menukar jadual rawatan yang telah mengakibatkan kemudaratan pada isterinya.

En Othman juga telah memaklumkan perkara tersebut kepada PKD Rembau namun tiada sebarang maklum balas setakat 28 Ogos 2020.

Kini isterinya telah kehilangan kaki kiri dari bawah paras lutut akibat jagkitan kuman akibat kecuaian pihak Klinik yang tidak mengambil kira apa yang disarankan oleh pihak Hospital Tuanku Jaafar tempat isterinya melakukan pembedahan potong jari.

Nasib isteri En Othman dapat perhatian Ahli Parlimen Rembau YB KJ

Apa yang berlaku kepada isterinya secara tak langsung memberi kesan yang amat besar buat En Othman yang terpaksa berhenti kerja selama 7 bulan untuk menjaga isterinya yang sakit disamping memberi sokongan moral buatnya yang amat sedih dengan apa yang menimpa dirinya.

Seandainya pihak Klinik Kesihatan Rembau tidak memandang remeh apa yang disarankan oleh Pihak Hospital Tuanku Jaafar pasti hanya 1 jari atau dua jari sahaja yang terpaksa dipotong kini isteri En Othman terpaksa menderita selamanya selepas kehilangan kaki kiri yang disifatkan oleh En Othman kecuaian pihak Klinik.

Kini kes tersebut telah diajukan oleh En Othman kepada pihak berwajib untuk menuntut keadilan kepada isterinya akibat kecuaian pihak terlibat, isterinya alami trauma akibat dari apa yang menimpa dirinya tidak disangka sekelip mata dia kehilangan kaki kirinya sedangkan peluang untuk dia berjalan masih tinggi jika hanya 1 atau 2 jari sahaja dipotong akibat jangkitan kuman kencing manis. Credit Othman Lateh.