Banjir UAI sempat selamatkn kitab je, sebab hok tu paling berharga!

Kuala Terengganu : Hujan lebat berserta ribut petir turut menjejaskan kediaman dua tingkat penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus, 56, di Jalan Pusara di sini yang dinaiki air sehingga paras lutut, semalam.

Azhar berkata, kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu berlaku ketika dia keluar membeli makanan di kedai berhampiran.

Rumah Ustaz Azhar Idrus UAi di masuki air banjir malam tadi 2 Dec 20 jam 9.00 malam, Sama2 kita doakan semoga dipermudahkan segala urusan.

Saya tanya, “air naik semalam, ustaz sempat angkat tak barang-barang?”

Ustaz Azhar jawab, “Ana selamatkan kitab-kitab je. Sebab hok tu paling berharga”

Allahurabbi.. Akhlak seorang ulama’ terhadap ilmu. Saya doakan semoga Ustaz Azhar Idrus dipermudahkan segala urusan.

“Barang-barang sudah diangkat dan diletakkan di atas meja,” katanya seperti dipetik dalam Facebook Live TV Darul Iman di sini.

Banjir turut menyebabkan tiga motosikal milik penceramah itu ditenggelami air kerana tidak sempat diselamatkan.

Selain itu Utusan Malaysia difahamkan kitab-kitab dan komputer beliau turut terjejas dalam musibah itu.

Kawasan taman perumahan yang dihuni Azhar antara lokasi berisiko banjir jika hujan lebat dengan kali terakhir berlaku pada 2018.

Dalam pada itu keadaan banjir di Terengganu bertambah buruk dengan jumlah mangsa terjejas yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) meningkat berbanding 832 orang petang semalam.

Sehingga jam 8 pagi ini, seramai 2,802 mangsa dari 781 keluarga ditempatkan di 76 PPS yang dibuka di Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Dungun, Marang, Kemaman, Setiu, Besut dan Hulu Terengganu.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, daerah Marang merekodkan jumlah mangsa paling ramai dengan 778 penduduk dipindahkan ke sembilan PPS.

Bagi daerah Besut, sebanyak 19 PPS dibuka bagi menempatkan 531 mangsa diikuti Setiu (566 orang), Kuala Terengganu (289 orang), Dungun (262 orang), Kuala Nerus (211 orang) dan Kemaman seramai 149 mangsa.

Selain itu, satu PSS turut dibuka di Hulu Terengganu malam tadi bagi menempatkan tiga keluarga melibatkan 16 mangsa yang terjejas banjir di sana, katanya hari ini.

Che Adam turut menasihati orang awam supaya menjauhi kawasan berisiko seperti pantai dan sungai bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini ekoran cuaca tidak menentu berikutan Monsun Timur Laut.

Beliau berkata, cuaca yang tidak menentu sekarang bukan waktu sesuai untuk keluar berjalan atau bersiar-siar di kawasan berkenaan.

Kita minta orang ramai jauhi pantai dan sungai, sekarang bukan waktu sesuai datang lihat air dan bersiar-siar, Keadaan hujan, angin kencang dan ombak tinggi tidak sesuai untuk aktiviti seumpama itu, katanya.

Sementara itu, aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan dua sungai merekodkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu dan Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan, Marang.

Empat sungai pula merekodkan bacaan melepas paras amaran iaitu Sungai Nerus di Kampung Bukit, Sungai Setiu di jambatan Permaisuri, Sungai Chalok di jambatan Chalok, Setiu dan Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu