Baju pengantin kenangan trakhir Koperal Daus, tunang luaah rasa pilu!

Tanah Merah : Permergian Lans Koperal Ahmad Firdaus dalam kemalangan semalam mengundang pilu tunangnya Najihah Muhammad.

Najihah meluahkan rasa sedih apa yang menimpa tunangnya semalam dikala segala persiapan perkahwinan sudah hampir 70 peratus siapa dia pergi buat selamanya dijemput ilahi.

Sayang semua ore tggu awk ni Rasa mcam mimpi jah semua ni Ya AllahTapi saya sedar ni kenyataan saya kena hadap Saya tak pernah terbayang pun awk nk tinggal sy dengan cara ni.

Sy tak tahu nk hadap hari2 saya gano tanpa awk Janji Allah tu pasti Allah lebih sayang kan aw Sape saya nk menidakkan takdir Tapi saya tk kuat awk Saya sedih sangat ni awk Tapi awk takdok dh nk pujuk saya.

Betul la janji awk nak jaga saya sampai habis usia awak Awk sebulan jah lagi kita nak nikah Terbayang lagi riak wajah awk tersenyum bahagia bila try baju nikah kita Tengok barang2 kitaTengok semua benda tu.

Saya tk tahu dh erti bahagia awk Saya tahu sy kena redha Tapi sy tak mampu nk kuat tanpa awk 3 tahun awk ada sokmo dgn syTapi harini awk tinggal sy Sy sedih awk Sapo nk tlg pujuk sy breti jerit ni awk 😭😭😭 Moga engkau tenang di sana.

Moga Allah permudahkan semua urusan awk Doa sy sentiasa mengiringi awk Moga saya terus kuat untuk hadapi hari hari yang mendatang Doakan tunang sy di tempatkan dikalangan orang yang beriman Kalau arwah ada berhutangTolong hubungi saya Al fatihah Ahmad Firdaus 😭

Seorang anggota polis dari Balai Polis Hutan Melintang m4ut dalam n4has membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 63.9, Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 1 petang itu mengorbankan Lans Koperal Ahmad Firdaus Ismail, 24, akibat kecederaan p4rah di beberapa bahagian b4dan.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, kejadian berlaku ketika m4ngsa yang memandu Toyota Vios dalam perjalanan ke Hilir Perak untuk pulang bertugas dari Tanah Merah, Kelantan.

Katanya, apabila sampai di lokasi kejadian, sebuah lori dari arah Pantai Remis ke Kuala Terengganu hilang kawalan lalu masuk ke laluan kereta dipandu m4ngsa.

Akibat kemalangan tersebut, m4ngsa cedera p4rah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori berusia 43 tahun cedera ringan.

Dua lagi penumpang lori masing-masing lelaki berusia 19 dan 16 tahun tidak cedera, katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Najihah sempat menziarah pusara arwah tunangnya ” Jiwa saya kosong sgt awk Semua ore pesan suruh sabarTapi takdok sapo pun faham gapo saya rasa loni.

Sy mengadu semua dgn Allah, saya harap sy boleh redha dengan kepergiaan awk Saya nak tenangkan hati sy Saya ingat sy kuat Tapi sy tak mampu awk 😭😭 saya rindu sgt dengan awk.

Sakit sgt rasa ni Sy sedih awk. Saya rindu tapi sy tkleh tengok muka awk Semalam saat terakhir saya tengok wajah awk Alhamdulillah semalam jenazah awk sempurna sgt.

Tkdok sikit pun kesan terbakar Allah lindung awk Semua dipermudahkan urusan awk Sy tak sgka semua akan jadi secepat ni Saya cuba untuk kuat InsyAllah saya ingat semua pesan aw Baru saya faham bakpo awk sokmo oyak awk tk sedap hati.

Awk sokmo sebut nk jaga sy sampai hujung nyawa awk Rupanya awk boleh rasa Cuma sy tk faham semua tu Bodoh nya sy tk perasan dgn benda gini Salam rindu buatmu kekasih ku Tenanglah di sana Kekasih abadi yang lebih utama Saat ini awk dipanggil Mgkin jgk saya selepas ni Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Al fatihah.