Ayh sudah tiada syg , fakeh disahkn lmas (5gmbr)

Kuala Krai: M4yat pemuda yang hilang di air terjun Kampung Lata Golok, Chenulang, Jumaat lalu, ditemukan di Kampung Pasir Jering, jam 2.15 petang tadi.

Mayat Mohammad Fakeh Mat Hussin, 28, ditemui penduduk kampung dalam keadaan b4dan membengk4k dan tersangkut pada pokok iaitu 10 kilometer (km) dari lokasi kain pelikatnya ditemui pada Ahad lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Rizwan Ar-Rafee Parsimin berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang memasuki hari keempat dilakukan dengan menggunakan teknik pencarian dasar (surface searching) sepanjang 15 kilometer menggunakan bot menyusuri Sungai Kuala Nal ke jambatan Batu Jong, Sungai Nal.

Bagaimanapun, pada jam 2.15 petang, pihak kami menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan menemui m4yat mangsa di Kampung Pasir Jering, Chenulang.

Sebaik menerima laporan itu, kami bergegas ke lokasi m4yat dijumpai sebelum ia (m4yat) dibawa naik menggunakan bot dan diserahkan kepada pihak polis, Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 5.40 petang,katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad berkata, mayat yang ditemui t4npa pakaian itu dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra jam 5 petang tadi untuk proses pengecaman dan bed4h siasat.

Kakak tiri mangsa, Zailawati Ibrahim, 47, hadir ke hospital untuk melakukan pengecaman dan mengesahkan mayat berkenaan adalah adiknya yang hilang sejak Jumaat lalu, katanya.

Sementara itu, Zailawati berkata, walaupun adik tirinya itu ditemui tidak bernyawa namun dia bersyukur kerana jen4zah Mohammad Fakeh akhirnya ditemui sekali gus menamatkan penantian keluarga.

Kami sekeluarga bersyukur doa kami untuk melihatnya kali terakhir dimakbulkan Allah SWT, katanya.

Zailawati berkata, arw4h adik tirinya itu, mengalami kemurungan sejak Mac lalu selepas hilang pekerjaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula selain turut menghadapi masalah rumah tangga.

Dua bulan lepas arwah pernah hilang di lokasi yang sama (air terjun Kampung Lata Golok), namun dijumpai oleh orang kampung yang kebetulan melalui kawasan berkenaan pada hari sama.

Saya berterima kasih kepada pasukan keselamatan yang bertungkus-lumus membantu kami mencari Mohammad Fakeh sejak dia dilaporan hilang, katanya.Al fatihah.