Ayh sebakk x dpt slmtkan mak, ” Smpat call ank sblum lnyap dlm kbkaran ” (6Gmbr)

Kuala Terengganu : Mak sempat telefon minta tolong namun tidak beritahu rumah terb4kar,kata anak kepada warga emas yang ditemukan rentvng dalam kejadian kebakaran di Kampung Losong Haji Su, di sini pada Isnin.

Zailah Jusoh, 47, berkata, dia tidak menyangka panggilan diterima daripada ibunya, Fatimah Mohd, 79, pada jam 10. 30 pagi tadi adalah yang terakhir sebelum ibunya men1nggal dunia.

Sebaik menerima panggilan itu saya rasa tak sedap hati sebab mak tak cakap apa-apa cuma minta tolong, Saya kemudiannya bergegas ke sini dan terkejut lihat api sedang m4rak dan pihak bomba sedang padam keb4karan.

Ketika itu saya nampak ayah saya, Jusoh Muda, 83, berada di bahagian depan rumah dengan keadaan kaki melecvr, katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Menurut Zailah, kali terakhir dia bertemu ibunya itu Sabtu lalu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penolong Pesuruhjaya Bomba Md Hilman Abd Rashid berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan jam 10.39 pagi sebelum tiba ke lokasi kejadian tiga minit kemudian.

Katanya, sebanyak tiga jentera dengan 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kota dan BBP Kuala Terengganu dikerahkan ke lokasi kejadian.

Ketika tiba di lokasi kejadian, kediaman ini telah 80 peratus terbakar manakala dua lagi kediaman iaitu di sebelah kiri dan kanan terbakar lima peratus.

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya setengah jam kemudian,katanya, Dalam pada itu, Md Hilman berkata, siasatan awal tragedi itu dipercayai tiada unsur jen4yah namun pihak bomba akan jalankan siasatan lanjut berhubung kejadian.

Katanya, m4ngsa yang 100 peratus terbakar ditemukan di atas tanah dalam kawasan rumah sebaik keb4karan berjaya dipadamkan.

M4ngsa tidak berjaya diselamatkan manakala suaminya terselamat dan melecvr pada bahagian kaki.

Difahamkan, ketika kejadian, suami m4ngsa cuba untuk menyelamatkan m4ngsa namun tidak berjaya kerana keadaan m4ngsa yang uzur dan tidak dapat berjalan menyebabkan pergerakan terbatas, katanya. Al fatihah.