Ayh 4 ank hilaang di airr terjunn, Mgsa kemrungan leps brcerai dgn isterii (5gmbr)

Kuala Krai : Sebak dan pilu Faqif hilang pada malam jumaat lalu setelah ke air terjun terbabit tanpa arah, mengikut sumber ayah kepada 4 cahayamata ini alami kemurungan yang teruk lepas berceri dengan isterinya.

Kakak m4ngsa yang dikenali dengan nama Puan Rashidah Hussin menafikan adiknya ke air terjun itu untuk mandi atau menangkap ikan, adiknya alami masalah kemurungan dan keluarganya amat risau takut perkara buruk terjadi pada Faqif dalam keadaan dirinya sedemikian.

Ketika insan lain diuji banjir ya Allah, kami dan keluarga di uji kehilangan ahli keluarga yg blom ditemui, ya Allah jika jasad pinjaman Mu bukan milik kami lagi.

Permudahkan urusan pencarian MOHAMAD FAKEH BIN MAT HUSSIN, Sesungguh 4 jiwa kecil yg sedang menunggu untuk menatap wjah ayhnya lagi.

Hamba mohon ya Allah tiada daya dan upaya slain dari pertolongan dariMu, kami mohon petunjuk dariMu, dari segala kesulitan air sungai semakin naik andainya dia bukan milik kami lagi berikan kami drinya untuk kami meredhai segalanya😭😭😭 – Rashidah Hussin

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohd Faqif Mat Using, 27, yang hilang di kawasan air terjun Kampung Lata Golok, Chenulang, di sini, pada Jumaat lalu, akan disambung, esok.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian Pegawai Bomba Kanan I Jafar Jafari Mustafa berkata, operasi membabitkan radius tiga hingga empat kilometer di laluan jeram ditangguhkan pada 6 petang tadi berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 2 petang selain cuaca gelap.

Menurutnya, pihaknya turut mendapatkan bantuan unit anjing pengesan (K9) bagi mengesan mangsa yang hilang.

Bagaimanapun, unit K9 masih dalam perjalanan melalui Gerik, Perak kerana laluan biasa yang menghubungkan Kelantan dan Selangor terputus hubungan kerana banjir.

Selain itu, kita juga menggunakan khidmat dan bantuan pasukan pacuan empat roda Baracuda untuk ke lokasi m4ngsa dilaporkan hilang, katanya ketika dihubungi, di sini.

Katanya, laluan untuk masuk ke lokasi pencarian agak mencabar kerana berbukit serta licin sekali gus memerlukan bantuan empat Baracuda.

Portal Harian Metro sebelum ini melaporkan m4ngsa dilaporkan hilang ketika keluar dari rumah selepas pergi ke air terjun berkenaan.

Difahamkan, motosikal, selipar dan pakaian milik lelaki terbabit dijumpai di sekitar lokasi m4ngsa dilaporkan hilang.

Keluarganya turut membuat pencarian di sekitar kawasan berkenaan, namun tidak menjumpainya sebelum membuat laporan di balai polis berhampiran pada 8 malam semalam.

Semoga dipermudahakan urusan pencarian dan hasrat 4 beradik ini untuk menatap lagi wajah ayahnya tercapai.