Ayah mertua Ustz Dasuki meninggal dunia, ketika ibu mertua jalani pmbedahan (5gmbr)

Machang : Sebak perkongsian Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani bila mana ayah dan ibu mertuanya diduga sakit serentak, Ibu mertua Puan Fatimah Hj Muda terlebih dahulu dihantar ke Hospital Machang untuk menerima rawatan.

Semasa Ibu mertua sedang menjalani rawatan pembedahan ayah mertuanya Ustaz Md Azhari Abd Rahman pula dikejarkan ke Hospital Machang dan disahkan meninggal dunia di Hospital ketika menerima rawatan.

Ini yang ditulis dalam perkongsian Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani melalui laman facebooknya.

Moga doa di antara kita di mustajabkan di sisiNya, ayah mertua dan ibu mertua saya di Machang Kelantan sekali lagi di bawa ke hospital, dalam keadaan uzur di usia menghampiri 90 an, perlu di dialisis, doakan Ustaz Md Azhari Abd Rahman dan Fatimah bt Muda agar kesembuhan menjadi keberkatan dari doa kita semua.. ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ

Saat itu tiba jua, Allah lebih menyayangi Ayahnda Ustaz Md Azhari, perjalanan sebentar sahaja, pagi tadi berkejaran ke Hospital Machang, jam 1.12 petang sekejap tadi menghembuskan nafas nafas terakhir di alam ini dengan kaliamah syahadah di bibirnya.. Moga amalan arwah ayah yang sentiasa mendampingi Al Quran ini, hampir setiap bulan pasti di khatamkan 3 kali sebulan Al Quran menjadi penemannya di alam barzakh sana.

ان شاء الله‎
Malam ini selesai solat Isyak kami akan mengiringinya menghantar arwah ke alam yang lebih indah di sana nanti.. Sahabat yang berkelapangan bolehlah bersama solat jenazah dengan SOP yang di tetapkan di Masjid Al Azhari di @maahad tahfiz al azhari kampung Pangkal Chuit Machang malam ini.. doakan untuk arwah ayah.. Al Fatihah.

Bonda mertua Fatimah bt Hj Muda selamat selesai dari pembedahan menukar PEG tube care di saat suaminya Allahyarham ayahnda Ustaz Md Azhari menghembuskan nafas terakhir tadi. Allah besar ujian.. Setakat ini bonda belum mengetahui, tentang Allahyarham suaminya yang telah meninggal dunia di sebabkan kami bimbang terhadap emosi dirinya.. Doakan kami anak anaknya ini menjadi anak anak yang soleh.. Kami mohon dari doa soleh dan kosolehan kalian agar kami sekeluarga tabah menghadapi saat saat yang sukar ini.

ان شاء الله‎
Selesai solat maghrib malam ini kami akan memandikan jenazah arwah ayahnda kami..
Al Ahqaf..46:15
——————
وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا ۖ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا ۚ حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.

Semoga seluruh keluarga Ustaz tabah dengan apa yang berlaku dia juga sempat memberi perkongsian buat semua.

Jagalah ibu ayah kalian sebagaimana kalian dijaga waktu kecil dulu sehingga besar dewasa. Pengorbanan dan jasa baik dari ibu ayah terlalu besar, hanya kita sedar atau tidak.

Ingatlah, satu masa nanti kalian juga akan mempunyai anak dan akan sampai masanya kalian turut merasai apa yang mereka rasa kini. Berkhidmatlah selagi boleh, bahagiakanlah mereka selagi mempunyai peluang, berdampinglah dengan mereka selagi mempunyai ruang.

Sayang dan kasihlah pada mereka, berikan cinta yang sedalamnya kepada ibu ayah kalian. Mereka berhak disayangi kerana di situlah pahala buatmu wahai anak. Al fatihah Credit : Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani