Ayah kehilanganmu, dia ank sulung harapan keluarga!

Segamat : Ayah kehilanganmu, dia ank sulung harapan keluarga! Seorang pelajar UTeM Melaka meninggal dunia akibat kemalangan semasa berkerja sebagai penghantar makanan dengan Food Panda semalam.

Muhamad Amirulhazim bin Hamin yang berasal dari Chaah maut ditempat kejadian apabila motosikal Yamaha LC yang ditunggang mangsa telah merempuh sebuah Van dalam kejadian ketika hujan di kawasan pintu Gerbang Bandar Segamat semalam.

Arwah Hazim merupakan anak sulung dalam keluarga dari pada 6 adik beradik dibesarkan oleh seorang ayah, sebak tulisan ayahnya En Hamin Kamaron dilaman sosialnya atas permergian anak tersayang.

ayah-kehilanganmu-dia-ank-sulung-harapan-keluarga

Dalam pada itu Pihak UTeM mengucapkan Takziah kepada keluarga Hazim ” Dukacita dimaklumkan bahawa seorang pelajar UTeM, Allahyarham Muhamad Amirulhazim bin Hamin, pelajar Sarjana Muda dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 12 Ogos, 2020 bersamaan 22 Zulhijjah 1441H. Allahyarham telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya di Johor.

Seluruh warga Universiti merakamkan rasa sedih dan bersimpati di atas pemergian Allahyarham. Semoga ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai sabar serta tabah dengan dugaan ini. Bersamalah kita mendoakan agar rohnya diampunkan dari segala dosa dan ditempatkan di kalangan para hamba-Nya yang soleh.

“Ya Allah, Engkau berilah keampunan baginya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan maafkan kesalahannya. Engkau muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, sucikan dia dengan air, salji dan air yang sejuk.

ayah-kehilanganmu-dia-ank-sulung-harapan-keluarga

Engkau bersihkannya daripada kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya, serta jauhkan dia dari azab neraka. Ameen Ya Rabbal Alamin.”

Al-Fatihah.

Assalamualikum
انا لله وانا اليه راجعون.
Makluman kematian di kg Jawa Chaah.. Anak sulung Tok Hamin Kamaron Allahyarham Muhammad Amirul Hazim Bin Hamin tlh kembali kerahmatullah tadi. Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Taman Chaah.. Semoga roh Allahyarham tergolong dikalangan org2 yg beriman dn soleh.. Aamiinn.. Takziah utk Tok Hamin serta seluruh ahli keluarga arwah.. Arwah seorg yg sangat2 baik.

ayah-kehilanganmu-dia-ank-sulung-harapan-keluarga

Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.(Ali-’Imran: 185)

Semoga keluarga arwah tabah dengan apa yang berlaku punca sebenar kejadian kini disiasat oleh pihak berwajib yang maha esa lebih sayangkan arwah yang merupakan seorang anak yang sangat baik yang berkerja sambilan mencari rezeki tidak disangka ajalnya dijalan. Al fatihah.

Register disini>> Join Now ,Selepas Join download Apps Fingo