Awak betul2 ke sayang saya, Istri pelik pertanyaan arwh suami?

Segamat: Itu yang ditanya Allahyarham Lans Koperal Shahrul Azwan Abdul Saim, 28, kepada isterinya, Siti Rokiah Mohd Nor, 28, beberapa hari sebelum m4ut dalam kem4langan awal pagi semalam.

Siti Rokiah berkata, dia berasa hairan dengan pertanyaan Allahyarham itu kerana dia tidak pernah berbuat demikian dan beranggapan ia gurauan daripada suaminya yang dikenali sejak di bangku sekolah pada tahun 2005.

Arwah suami sejak dua minggu lalu, turut membeli pelbagai barangan baru bagi keperluan isteri serta keluarga seperti sejadah, permaidani dan mesin basuh. Shahrul ada menyatakan pada saya, selepas ini mungkin dia tidak sempat membeli pelbagai barangan buat keluarganya lagi.

Shahrul Azwan juga sempat menempah kereta MyVi berwarna biru sebagai hadiah sempena ulang tahun ke-4 perkahwinan kami. Ia sudah diluluskan institiusi kewangan dan dijangkakan menerima kereta itu pada awal Oktober ini.

Arwah sebenarnya sudah menunjukkan pelbagai petanda luar biasa tetapi kami sekeluarga tidak terlalu mengambil endah dan anggap ia hanya gurauan,katanya ditemui di Taman Melodi, Jementah di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat.

Sementera itu bapa Allahyarham Shahrul, Sarjan Operasi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, Abdul Saim Pajaldin, 54, berkata, 10 hari lalu, anaknya ada membeli dua sejadah bagi kegunaan keluarga.

Dia turut membeli mesin basuh baharu, beberapa helai permaidani dan mengecat kediamannya supaya kelihatan kemas sejak dua minggu lalu.

Shahrul turut menyatakan hasrat untuk membeli rumah di kawasan kampung halamannya di Jementah, bagi kemudahan isterinya namun tidak kesampaian,katanya.

Ibu Allahyarham, Aida Ahmad, 52, ketika ditemui berkata anaknya itu disifatkan sebagai seorang anak juga suami yang penyayang dan bertanggungjawab.

Dia kerap menyisir rambut saya dan memicit jerawat di muka suami jika dia pulang ke kampung tetapi selepas ini tiada lagi kenangan itu bersamanya katanya.

Kira-kira 2 pagi kelmarin, Lans Koperal Shahrul Anwar, anggota daripada Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) KL, yang juga pengawal pengiring rapat Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, menunggang motosikal Yamaha 135LC biru dalam perjalanan pulang selepas selesai bertugas.

Ketika melalui Jalan Sungai Besi menghala Kuala Lumpur, mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum mel4nggar penghadang besi di bahu kiri jalan menyebabkan kecederaan p4rah pada l3her yang mengakibatkan dia m4ut dalam kejadian itu.

Seramai 80 ahli keluarga dan kenalan turut hadir di majlis pengkebumian Tanah Wakaf Perkuburan Islam Kampung Paya Jakas di Jementah selepas solat Zohor disini, semalam. Al fatihah.