Arwh Prebet Aziz sertai asas Komando sblum ponteng tugas 218hari!

Johor Bharu : Polis sudah merakam keterangan 10 saksi berhubung kes kem4tian anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang meninggal dunia akibat terjun dari tingkat tiga bangunan kediaman di sebuah kem tentera di Batu Pahat, 29 Ogos lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, keterangan itu melibatkan dua pegawai, tujuh anggota lain-lain pangkat serta satu orang awam.

Menurutnya, laporan awal bed4h siasat mendapati tiada keceder4an fizikal dan pender4an yang boleh dikaitkan dengan kem4tian Allahyarham Abdul Aziz Aznam, 20.

Laporan awal post mortem (bedah siasat) mendapati tiada keceder4an luar atau tiada unsur-unsur jen4yah punca (menyebabkan) kem4tian m4ngsa, kita masih lagi menunggu laporan (penuh) makmal.

Setakat ini itu yang kita ada. Kita juga ambil keterangan seorang saksi yang juga anggota tentera yang nampak m4ngsa lari dan lomp4t terjvn dari tingkat tiga,katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, siasatan polis turut mendapati m4ngsa dipercayai lari daripada tugas selama 218 hari.

Katanya, selepas anggota tersebut tamat latihan asas ketenteraan, m4ngsa mengikut latihan asas komando pasukan Grup Gerak Khas (GGK) ATM.

Mungkin di situ ada isu-isu berkaitan dengan daya tahan untuk melalui kursus-kursus yang lasak, mungkin situ ada tekanan psikologi, memang latihan pasukan khas ini agak lasak,katanya.

Dalam kejadian pada 29 Ogos lalu, Abdul Aziz mengalami keceder4an parah pada bahagian kepala dan badan selepas dipercayai cuba membvnuh diri terjvn dari tingkat tiga bangunan kediaman di Kem Majidee, Batu Pahat.

Mangsa yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat bagaimanapun menghembus n4fas terakhir pada pukul 2.30 petang, 6 September lalu. Al fatihah.