Ank syurga mama dn papa pergi tnpa sempat melihat dunia (5gmbr)

Jerantut : Mereka suami isteri dipuncak bahagia setelah diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri hampir setahun.

Bagi pasangan yang dikenali dengan nama Along dan Farah mereka sangat beruntung setelah diijabkabulkan selepas itu farah disahkan mengandung, satu berita yang dinantikan setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga.

Sehari demi sehari menanti kandungan mencapai 9 bulan satu detik yang amat mengembirkan pasangan ini, mereka tidak sabar menunggu zuriat sulung mereka lahir kedunia.

Namun lagi 2 minggu farah dijangakan bersalin kandungannya menghadapi masalah, berita yang amat sedih untuk along dan farah terima bilamana baby mereka telah disahkan meninggal dalam kandungan disaat menanti hari bersalin lagi 2 minggu.

Ya Allah hancurnya perasaan mereka untuk menerima berita yang amat menyedihkan ini namun mereka kena terima hakikat yang maha esa lebih sayangkan baby mereka.

Cerita pilu keluarga Along dan Farah dirujukan kepada Credit : Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia yang ditugaskan menguruskan perjalanan terakhir bayi syurga ini, ini ditulis SPJ melalui laman facebook mereka.

LAGI 2 MINGGU BAKAL DILAHIRKAN, DIKAU PERGI TANPA SEMPAT MELIHAT DUNIA 😢.

Petang ini skuad selamat menyelesaikan beberapa kes kematian. Antara kes yang meruntun jiwa adalah kematian bayi kecil dari sepasang suami isteri muda ini.

Dimaklumkan kepada kami, anak mereka dijangkakan bakal lahir lagi 2 minggu sahaja, Namun ajalnya menjemput terlebih dahulu.

Belum pun sempat melihat dunia, bayi Syurga berkenaan pergi untuk selamanya, Kini dia pasti lebih bahagia kerana berada di sisi rahmat Allah SWT.

Wahai ibu ayah yang kehilangan anak-anak kecil, bersabar dan bertabahlah, Sesungguhnya merekalah kelak bakal menarik tangan kita untuk masuk ke Syurga bersama-sama.

Sungguh besar ganjaran buat mereka yang bersabar atas kematian anak kecilnya di dunia ini, Allah Maha Penyayang. DIA juga Maha Mengetahui. ❤️

SPJM KE ARAH PENGURUSAN JEN4ZAH PATUH SYARIAH PROFESSIONAL ANTARABANGSA.

Terima kasih pihak SPJ , semoga Along dan Farah tabah dengan apa yang berlaku yang maha esa lebih sayangkan anak syurga mereka. Al fatihah.