Ank baru lahir 45hari, papa mninggal tkena renjatan!

Johor Bharu : Ank baru lahir 45hari, papa mninggal tkena renjatan! Sebak luahan seorang adik apabila dia kehilangan abang dan juga abang iparnya serentak akibat terkena renjatan elekrtik ketika berkerja.

Paling terkesan adalah kakaknya Aida Sahara apabila suami tersayang meninggal dunia disaat dia baru habis pantang bersalin bayi lelaki dan baru 45 hari usia bayinya itu.

Astro Awani melaporkan dua pekerja subkontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) m4ut selepas terkena renjatan elektrik di Jalan Bunga Raya, Leisure Farm Resort, Gelang Patah, di sini, malam tadi.

ank-baru-lahir-45hari-papa-mninggal-tkena-renjatan

Kedua-dua mereka iaitu Mohd Faizul Mohd Fauzi, 37, dan Shahlan Mohamed, 30, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Anuar Mohd Amdzah berkata kejadian pada kira-kira 8 malam itu berlaku ketika kedua-dua mereka sedang melakukan kerja-kerja penggantian kabel bawah tanah bagi projek pelebaran jalan raya.

Sejurus menerima penggilan, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri dengan kekuatan keseluruhan sembilan anggota dihantar ke tempat kejadian.

ank-baru-lahir-45hari-papa-mninggal-tkena-renjatan

Setibanya di lokasi kejadian, didapati terdapat dua mangsa berada di dalam takungan air dipercayai terkena renjatan elektrik semasa melakukan kerja-kerja pemasangan kabel,katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata anggota bomba kemudian bertindak menaikkan kedua-dua mangsa ke tebing takungan selepas pihak TNB memotong aliran elektrik.

Katanya, mangsa yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

ank-baru-lahir-45hari-papa-mninggal-tkena-renjatan

Operasi terbabit tamat pada kira-kira pukul 10.05 malam, katanya.

Apa yang berlaku sungguh memilukan mereka dijemput ilahi ketika berkerja mencari rezeki buat keluarga tidak disangka ajalnya sebegitu ketika berkerja semoga roh mereka tenang disana bersama sama insan insan yang diredhai yang maha esa.

Amat perit untuk mereka menerima semua dugaan ini, semoga Fiza dan kakaknya Aida Sahara tabah kehilangan kedua dua insan yang mereka sayang yang maha esa lebih sayangkan abang dan suami kakaknya. Al fatihah.

Register disini>> Join Now ,Selepas Join download Apps Fingo