Ani anak baik berbakti utk kami hingga akhir hayatnya!

Lumut : Ani anak baik berbakti utk kami hingga akhir hayatnya! Ketika hayatnya, arwah Rohani banyak membantu keluarga dan walaupun sudah pergi buat selama-lamanya, dia tetap membantu dengan pencen penakat yang ditinggalkan buat kami, kata Riani Utoh, 42.

Riani adalah ibu kepada Rohani Najar, 21, yang meninggal dunia selepas lebih seminggu bertarung nyawa akibat parah selepas motosikal ditungganginya terbabit kemalangan dengan kenderaan polis di Kilometer 2, Jalan Kampung Acheh-Sitiawan pada 1 Syawal, 24 Mei lalu.

Dalam kejadian pada 7.15 malam itu, mangsa dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum melanggar kenderaan polis terbabit.

ani-anak-baik-berbakti-utk-kami-hingga-akhir-hayatnya

Riani berkata, anak perempuan hasil perkahwinan pertamanya itu menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada 3.10 petang, 2 Jun lalu.

Menurutnya, lebih menyedihkan pemergiaan Rohani yang berkerja sebagai operator kilang itu berlaku pada hari lahirnya yang ke-42 tahun.

Arwah membantu keluarga kerana pendapatan saya dan suami yang membuka gerai di tepi jalan tidak menentu. Selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu kami juga sudah tidak berniaga.

ani-anak-baik-berbakti-utk-kami-hingga-akhir-hayatnya

Dia juga menyayangi lima adik tirinya dan akan cuba penuhi permintaan mereka, sebab itu saya sedih walaupun dia sudah tiada namun tetap berjasa dengan kami, katanya.

Riani ditemui pada Majlis Penyerahan Cek Faedah Pengebumian Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bernilai RM2,000 yang disempurnakan Pengurus Perkeso Seri Manjung, Noraini Jaafar dan Penghulu Sitiawan Mukhtar Yaacob di rumahnya di Taman Seri Acheh, Sitiawan, hari ini.

Mengimbas kejadian yang menimpa arwah Rohani, Riani berkata, pada hari kejadian anaknya keluar membeli susu untuk adik lelakinya yang juga penghidap autisme berusia 11 tahun di kedai berhampiran.

ani-anak-baik-berbakti-utk-kami-hingga-akhir-hayatnya

Katanya, sebaik dimaklumkan kejadian itu dia terus ke lokasi namun Rohani sudah dibawa ke hospital.

Melihat keadaan motornya yang teruk saya pengsan. Ketika di ICU saya selalu bercakap dengannya dan minta dia terus kuat walaupun dia tidak sedarkan diri. Saya dapat lihat air matanya mengalir.

Saya reda dengan apa yang berlaku, cuma saya tak tahu cerita sebenar kejadian itu, tetapi lampu isyarat di situ kerap rosak, katanya. Al fatihah.

Tonton Video Di Bawah Ini Sampai Habis

Power la dik

Posted by Fingo on Isnin, 17 Februari 2020

Register disini>> Join Now ,Selepas Join download Apps Fingo
Wasap : Abee Sey