Angh x smpat braya, ” Ajaal jtuh dari mtor nnek lalu dgiliss ” (5Gmbr)

Kemaman : Hasrat seorang budak lelaki berusia tujuh tahun untuk meraikan Aidilfitri bersama sepupu sebayanya di kampung tidak kesampaian apabila dia m4ut dalam kem4langan ngeri di Kilometer 172, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Felda Neram dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, Muhammad Nur Rifqi Khairilamru yang membonceng motosikal Honda Dash ditunggangi neneknya terjatuh sewaktu melalui laluan berbukit sebelum dig1lis sebuah lori membawa muatan arang batu.

Bapa m4ngsa, Khairilamru Abdul Rani, 36, berkata, Muhammad Nur Rifqi yang mesra dipanggil Angah teruja untuk pulang ke kampung neneknya di Kampung Tok Saboh, Besut untuk berhari raya.

Angah beriya-iya memberitahu mahu tinggal lebih lama di rumah neneknya yang juga ibu saya untuk menghabiskan cuti sekolah.

Hujung minggu lalu, saya dan isteri, Nor Hidayah Ramli, 28, yang sedang hamil lima bulan telah membeli baju raya yang akan digayakan ketiga-tiga anak kami termasuk Angah semasa Hari Raya Aidilfitri nanti, katanya ketika ditemui di pekarangan Rumah M4yat Hospital Kemaman di sini hari ini.

Sementara itu, Nor Hidayah yang masih terkejut dan tr4uma dengan kejadian tersebut enggan ditemubual dan dilihat acap kali mengesat air matanya dengan sehelai baju dipercayai milik Muhammad Nur Rifqi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, m4ngsa dan sepupu lelakinya yang membonceng motosikal Honda Dash ditunggangi nenek mereka sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Baru Felda Neram 1.

Sebaik tiba di lokasi kejadian yang merupakan laluan berbukit, motosikal dinaiki mereka hilang kawalan menyebabkan m4ngsa terj4tuh sebelum dirempvh sebuah lori membawa muatan arang batu yang berada di belakang.

Impak rempvhan itu menyebabkan m4ngsa ceder4 prah pada kepala, tangan dan kaki,katanya.

Hanyan berkata, m0tosikal dinaiki mereka kemudianya terb4bas menyebabkan Sapor dan cucunya, Ton Muhammad Shafiq Ilham cedera ringan akibat terj4tuh. Al fatihah.