Anggun Jelita, ” Tengku Permaisuri Norashikin mencecah usia 50 tahun ” (5Gmbr)

DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menyambut ulang tahunnya yang ke-50 hari ini.

Ucapan ulang tahun Tengku Permaisuri Norashikin diumumkan menerusi laman Selangor Royal Office. Walaupun mencecah usia 50 tahun namun Tengku Permaisuri Norashikin masih kekal anggun dan menawan.

4 Jun 2021 ~ Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah dan Ucap Selamat sempena Ulang Tahun Hari Kelahiran Yang Ke-50 Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Semoga Allah Subhanahu Wata’ala lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan Allah serta hidup dengan penuh kebahagiaan, dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, fid-dunia wal-akhirat.

Daulat Tuanku! – Selangor Royal Office.

Mengimbau semula kisah lima tahun lalu, perkahwinannya bersama Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj masih segar di ingatan ramai orang. Malah, kerjaya Tengku Permaisuri Selangor yang pernah menjadi pembaca berita suatu ketika dahulu juga membuatkan ramai yang kagum dengan pilihan hati Sultan Selangor.

Baru baru ini, sempena ulangtahun sebuah stesen televisyen tempatnya bertugas dahulu, Tengku Norashikin berkenan mencemar duli menyampaikan berita sekaligus menggamit kenangan lama sewaktu bertugas.

Kemunculan tersebut ternyata meraih perhatian ramai setelah kali terakhir Baginda ke udara lima tahun lalu iaitu pada tahun 2016.

Baginda juga pernah diiktiraf sebagai Penyampai Berita TV Terbaik sebanyak dua kali di Anugerah Seri Angkasa pada tahun 2001 dan 2005. Credit : Sumber, foto & video dipetik dari Xtra, Selangor Royal Office, Twitter.