Angg0ta P0LIS mninggal dilnggar ktika kjer pnjenyah (5gmbr)

Sungai Petani: Seorang anggota polis m4ut dilanggar motosikal ketika melintas jalan raya sewaktu mengejar penjen4yah di Jalan Padang Temusu, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi, m4ngsa, Koperal K Mahadir Elis, 38, men1nggal dunia akibat keceder4an p4rah di kepala.

Bagaimanapun, suspek dapat melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pada jam 3.45 pagi tadi, mangsa bersama anggota pasukan Task Force Cegah Jen4yah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pergi ke Kampung Kepala Bukit, Kampung Sungai Pasir, di sini dan menahan tiga lelaki berusia antara 32 hingga 50 tahun untuk membantu siasatan kes samun, curi kenderaan dan pecah rumah.

Beliau berkata, susulan penahanan tiga lelaki itu, m4ngsa bersama pasukan membuat serbuan ke Padang Temusu jam 7.30 pagi tadi untuk membuat tangkapan terhadap suspek lelaki yang masih bebas.

Katanya, setibanya di lokasi, m4ngsa ternampak suspek berusia 21 tahun itu sedang membuka tayar motosikal di hadapan rumah berkenaan.

Bagaimanapun suspek bertindak melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis.

Suspek melarikan diri ke arah jalan utama dan mangsa mengejarnya sejauh kira-kira 500 meter dan sewaktu melintas jalan, pekerja syarikat pembersihan yang menunggang Yamaha Y15 melanggar mangsa dari arah hadapan, katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Adzli berkata, m4ngsa mengalami kecederaan p4rah di kep4la dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, m4yat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Arw4h seorang anggota yang sangat komited dalam menjalankan tugas dan beliau berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 12 tahun dan di IPD Kuala Muda selama tiga tahun, katanya.

Adzli berkata, mangsa meninggalkan isteri, Azlila Talib, 39, dan tiga anak berusia antara lima hingga 17 tahun.

Jen4zah dibawa ke rumahnya di Sungai Dua, Butterworth di Pulau Pinang untuk dikebumikan. Al fatihah.