Anak ke3 lahir kedunia, isteri tersayang pergi selamanya (6gmbr)

Kajang : Mungkin ada penduduk Bandar Baru bangi yang pernah makan Mee Celup Michelin ni yang mana lokasi kedai tersebut di depan Kedai tayar Michelin, sebelah Masjid Al Hasanah seksyen 9 Bandar Baru Bangi.

Assalamualaikum semua sahabat sahabat dan ahli keluarga, doakan suha supaya dipermudahkan segala urusannya, amat perlukan doakan dari semua, semoga allah beri perlindungan dan mudahkan segalanya..aaminn.(newbabycomingsoon) – 07.01.21.

Alhamdulillah trima kasih atas doa dari semua, ada doa diantara kita yng allah makbulkan, trima kasih sgt2 atas doa, allah permudahkan segalanya.

Masuk labour room pkl 11:30am pkl 1:25pm dah keluar, keluar time azan zohor, semoga anak papa jadi anak yng soleh yng mendoakan orangtuanya aaminn, gembira campur sedih, gembira sebb dapat anak lelaki, sedih sebb arwah mok tak sempat tgk anak lelaki acik..😭😭😭 -08.01.21.

Hari ini dengan dukacita dimaklumkan tauke Mee Celup Michelin Puan Nasuha Sulaiman atau NB Mok Nah, yang juga isteri kepada Ahmad Fakrur Ruzi Aziz telah meninggal dunia lebih kurang jam 5 pagi tadi.

Paling memilukan keluarga ini baru dikurniakan cahayamata ke 3 seorang bayi lelaki bila dua orang anaknya kedua dua putri, Arwah baru sahaja melahirkan putranya 4 hari lepas.

Kegembira 4 hari lepas degan kelahiran putera selepas dikurniakan 2 orang puteri bertukar duka dengan pemergian isteri tercinta pagi tadi,
Allahuakbar, sungguh engkau maha mengetahui, maha berkuasa, maha esa, punca mungkin komplikasi lepas bersalin

Mohon doakan sahabat Ahmad Fakrur Ruzi Aziz diberi ketabahan, kekuatan dan dipermudahkan segala urusan dalam membesarkan anak anak soleh dan solehah ini.

Buat arwah Nasuha Sulaiman , rehatlah moga tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman yang maha esa lebih sayangkan dirimu. Al fatihah 🤲.