Anak bakal lahir suami tersyang pergi selamanya!

Bayan Lepas : Anak bakal lahir suami tersyang pergi selamanya! K4ndungan saya sudah lebih enam bulan dan kami merancang mahu membeli barangan bayi minggu depan, malah dia sempat pindahkan wang simpanan ke dalam akaun saya.

Namun, kita hanya merancang dan Tuhan menentukan dia pergi selama-lamanya hari ini, kata Nurul Fatin Nabila Harun, 25, yang kematian suaminya, Zaid Berahim, 33.

Allahyarham Zaid yang juga juruteknik kilang di Jalan Bukit Gedung, Bayan Lepas dilaporkan maut selepas sebahagian bad4nnya tersep1t pada mesin pengacuan (moulding) pada 4.08 pagi tadi.

anak-bakal-lahir-suami-tersyang-pergi-selamanya

Nurul Fatin Nabila berkata, ketika kejadian, dia yang turut bekerja sebagai operator pengeluaran di kilang itu dimaklumkan oleh rakan mengenai kejadian malang menimpa suaminya.

Saya tidak mampu berkata-kata semasa melihat keadaan Zaid selain berdoa terutama ketika melihat jarinya sudah tidak bergerak.

Arwah seorang yang periang namun sejak beberapa hari lalu, dia berubah menjadi kurang bercakap dan hilang selera makan, katanya yang tinggal di Sungai Ara, Bayan Lepas.

anak-bakal-lahir-suami-tersyang-pergi-selamanya

Nurul Fatin Nabila berkata, masih terngiang ngiang ungkapan meminta maaf berulang kali daripada arwah kerana tidak dapat menemaninya yang dijangka bersalin pada November depan.

Katanya, dia tidak meragui kata-kata itu kerana menyangka suaminya akur dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) hospital ketika pandemik C0V1D19yang tidak membenarkan suami menemani isteri di dewan bersalin.

Terjawab sudah maksudnya, namun saya reda dan akan membesarkan anak sulung kami dengan sempurna, katanya yang melangsungkan perkahwinan bersama Zaid pada Disember tahun lalu.

anak-bakal-lahir-suami-tersyang-pergi-selamanya

Nurul Fatin Nabila ditemui di tanah perkuburan Islam Masjid Al-Huda, Sungai Ara, ketika selesai pengebumian suaminya selepas solat Zohor.

Dalam kejadian itu, Zaid dipercayai sedang membaiki mesin pengacuan dan kerja mengeluarkan tubuh mangsa mengambil masa selama dua jam.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika kerja menyelamat dilakukan pasukan Jabatan Bomba dan Menyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tindakan lanjut.

Semoga isteri arwah tabah dengan dugaan ini yang maha esa lebih sayangkan arwah suaminya moga rohnya tenang disana. Al fatihah.

Register disini>> Join Now ,Selepas Join download Apps Fingo