Anak bakal lahir kedunia, suami tersyg pergi selamanya!

Melaka : Anak bakal lahir kedunia, suami tersyg pergi selamanya! Sebak dan pilu apa yang berlaku namun ini sudah ketentuan yang maha esa semoga Ustazah tabah dengan apa yang berlaku.

Selama 6 tahun suaminya Zul menanti cahayamata hadir dalam hidup mereka suami isteri sehinggalah dia disahkan hamil dan hanya tinggal dua bulan lagi dia akan bersalin anak sulung mereka.

Namun impak dari kemalangan yang menimpa arwah suami dia koma dan berada diICU, dia pergi jua buat selamanya, sebelum sempat tatap wajah anak sulung perkongsian hidup mereka itu.

anak-bakal-lahir-kedunia-suami-tersyg-pergi-selamanya

Hari ini dilaporkan seorang pekerja kilang yang k0ma akibat kemalangan, selepas motosikal ditunggang merempuh babi hutan, Jumaat lalu dilaporkan meninggal dunia tengah malam tadi.

Dikenali sebagai Zulkarnain Mokhtar, berusia 32 tahun, arwah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka pada 12.30 malam.

Tak sempat tengok anak sulungLebih memilukan, kakak ipar arwah, Mastura Mohd Ali, 39, berkata, Zulkarnain juga tidak sempat menatap wajah anak yang dijangka lahir Ogos depan.

anak-bakal-lahir-kedunia-suami-tersyg-pergi-selamanya

Sebelum ini arwah sangat teruja untuk menyambut kelahiran anak sulungnya, tetapi Allah Maha Kuasa dan semoga arwah diizinkan menatap wajah anaknya di syurga kelak.

Bertarung nyawa selama dua hari, ahli keluarga bagaimana pun reda dengan pemergiaannya kerana ini semua telah ditentukan Tuhan.

6 tahun tunggu zuriat Arwah meninggalkan seorang balu, Nurul Asyikin, 31, guru agama di sekolah rendah agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

anak-bakal-lahir-kedunia-suami-tersyg-pergi-selamanya

Difahamkan, selepas enam tahun berkahwin Nurul Asyikin disahkan mengandung dan dijangka melahirkan anak sulung mereka tidak lama sahaja lagi.

Semua persiapan sambut bayi dah siap, segala persiapan sudah disediakan untuk menyambut zuriat yang telah lama dinantikan, namun ajal terlebih dahulu menjemput sebelum sempat Zulkarnain dapat menatap wajah anak sulungnya.

Jenazah akan dibawa pulang ke kediaman ibu bapanya di Tanah Rancangan Felcra Ramuan Cina Kecil, Lubok Cina sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Lubok Cina selepas solat Asar semoga dipermudahkan segalanya dan rohnya tenang disana. Al fatihah.

Tonton Video Di Bawah Ini Sampai Habis

Power la dik

Posted by Fingo on Isnin, 17 Februari 2020

Register disini>> Join Now ,Selepas Join download Apps Fingo

Wasap : Abee Sey

www.wasap.my/+601151688713/