Along Angah ajaal brsama” Ibu hilang 2 ank serta dua cucu skli gus” (5Gmbr)

Bentong : Sebak dan pilu apa yang dialami Puan Zabaidah Talib apabila dia kehilangan dua anak sekali gus dia juga turut kehilangan dua cucu dalam kem4langan tr4gis awal pagi tadi.

Marlianna lebih mesra dengan panggilan Along dan Marlia dipanggil Angah kedua dua meninggal dunia dalam insiden tragis itu, seorang anak Marlia berusia 9 tahun manakala seorang lagi yang berusia 7 tahun adalah anak kepada adik Along dan Angah ia itu Marlina.

HM melaporakn empat sekeluarga m4ut dalam kem4langan membabitkan kereta dan treler di Kilometer 5 Jalan Bentong-Raub, di sini, awal pagi tadi.

M4ngsa terakhir, Muhammad Aisy Harraz Aziz, 7, men1nggal dun1a di Wad Kecemasan Hospital Bentong semasa menerima rawatan.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa, Marlianna Abdul Muid, 37, dan Marlia Abdul Muid, 36, disahkan men1nggal dun1a di lokasi manakala seorang lagi m4ngsa, Muhammad Faizz Aryan Mohd Faizuddin, 9, men1nggal dun1a di Hospital Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian berlaku ketika Perodua Myvi dipandu Marlianna dalam perjalanan dari arah Kota Bharu, Kelantan menuju ke Banting, Selangor.

Sebaik tiba di lokasi, kereta itu masuk ke laluan bertentangan untuk memotong sebuah kenderaan lain, namun gagal dan bertembvng dengan treler dari arah bertentangan, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zaiham berkata, kejadian itu menyebabkan Perodua Myvi berkenaan mengalami kerosakan teruk manakala treler terbabit hanya mengalami kerosakan kecil.

Kanak-kanak berusia sembilan tahun itu adalah anak kepada Marlia, manakala, kanak-kanak berusia tujuh tahun itu pula adalah anak saudaranya (Marlia).

Semua m4ngsa berkenaan berasal dari Banting, Selangor, katanya yang memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Beliau meminta saksi yang melihat kejadian berkenaan supaya tampil bagi membantu siasatan.

Kami menasihatkan orang ramai yang memandu kenderaan supaya sentiasa berhati-hati.

Patuhi peraturan lalu lintas dan memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan selamat serta diselenggara dengan baik, katanya.

Terdahulu HM melaporkan tiga m4ut, manakala seorang kanak-kanak lelaki parah selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kem4langan dengan sebuah treler di Jalan Bentong-Raub berhampiran Taman Desa Damai, di sini, awal pagi tadi.

Jenazah 4 sekeluarga ini selamat disemadikan 1 liang lhad di Tanah Perkuburan Islam Morib petang ini.Al fatihah.