Alif plajar tahfiiz ank tunggaal,”Lemass” prkara dtakuti ibuu trjadi!

Kota Bharu : Keseronokan tiga sahabat mandi manda di tali air Kampung Telaga Bata, Sering, di sini berakhir dengan tr4gedi apabila salah seorang daripada mereka ditemukan m4ti lem4s pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi, Muhamad Alif Asyraf Parudin, 13, yang tidak tahu berenang dikatakan tergelincir ke dalam tali air terbabit sebelum tenggelam dan hilang.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Fauzi Yasid berkata, enam anggota menjalankan operasi mencari dan menyelamat sebaik menerima panggilan pada pukul 10.08 pagi.

M4yat m4ngsa ditemukan kira-kira pukul 10.43 pagi tidak jauh dari lokasi dia dikatakan terjatuh, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, datuk saudara m4ngsa, Ab. Llah Ismail, 65, berkata, sebaik sahaja mengetahui perkara itu, dia bergegas ke tempat kejadian dan mendapati pasukan bomba sedang mencari cucunya.

Ab. Llah berkata, m4ngsa memaklumkan kepada ibunya untuk mandi di tali air bersama rakan karibnya kira-kira pukul 9 pagi.

Ibu dia memang tidak benarkan anaknya bermain air biarlah dia merayu macam mana pun,Ibunya tahu dia tidak pandai berenang, katanya.

Muhamad Alif Asyraf merupakan pelajar Tahfiz di Sekolah Menengah Ugama (A) Tharbiyah Mardhiah, Panchor.

Sementara itu, Ketua polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan memberitahu kes diklasifikasikan sebagai m4ti mengejut.

Semoga ibu arwah tabah apa yang menimpa anak tunggalnya itu dia sudah melarang kerana arwah tidak pandai berenang, kini apa yang dtakuti telah terjadi anak tunggalnya pergi buat selamanya akibat lem4s. Al fatihah.