Alhamdulillah dlm keadaan baik, ” Doakn ya semoga menjadi asbab kebaikan – Ustz Ebit (4Gmbr)

Shah Alam : Ramai yang risaukan keadaan Ustaz Ebit diMesir dalam mini ke G4za, pagi ini melalui laman facebooknya Ustaz memaklumkan yang dia dan team dalam keadaan baik dan memohon doa semua untuk dirinya dan kru dalam jayakan misi ke G4za

Semalam Kementerian Luar Negeri sedang mendapatkan perkembangan terkini mengenai pendakwah terkenal, Ebit Lew yang kini difahamkan masih berada di G4za dalam misi kemanusiaan bagi membantu rakyat negara terbabit.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, pihaknya akan memeriksa lanjut tarikh penerbangan pulang pendakwah itu ke tanah air.

Kami sedang periksa (perkembangan Ebit),katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Pada 25 Mei, Ebit Lew dilapor berlepas ke Mesir untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat P4le$tin yang terjejas akibat ser4ngan 1sr4el.

Kamarudin dalam satu kenyataan pada 26 Mei lalu memaklumkan misi kemanusiaan untuk rakyat P4le$tin yang dirancang oleh delegasi Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew itu mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa.

Menurutnya, segala persiapan dan persediaan dilakukan oleh pihak Ebit Lew sendiri, menerusi kerjasama rapat dengan rakan NGO di Mesir.

Bagaimanapun, tindakan Ebit Lew tidak mengemas kini laman sosial miliknya sejak berlepas ke Mesir menimbulkan kerisauan buat masyarakat negara ini khusus pengikutnya.

Pada Khamis, penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memaklumkan bahawa Ebit Lew berada dalam keadaan baik setelah berjaya menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp. Credit Sinar Harian, Ebit Lew.