Alfatihah Cikgu izyani, baru 3bulan jadi warga pendidik!

Tawau : Alfatihah Cikgu izyani, baru 3bulan jadi warga pendidik! Mereka berempat dalam perjalanan untuk kesekolah tidak disangka di perjalanan itu kereta yang dinaiki mereka terlibat kemalangan.

Paling memimlukan Cikgu Izyani yang baru 3bulan menjadi warga pendidik meninggal dunia di Hospital ketika dirawat manakala Dayana Damsah meninggal ditempat kejadian.

Astro Awani melaporlan dua orang guru wanita m4ut manakala dua lagi rakan mereka cedera parah dalam satu kemalangan jalan raya di kilometer 32 Jalan Merotai, Tawau pada awal pagi Rabu.

alfatihah-cikgu-izyani-baru-3bulan-jadi-warga-pendidik

Mereka terdiri dari Norzairah Aladin, Hasnaini Paiori, Dayana Damsah serta Nurizyani, semua mangsa yang berumur antara 24 hingga 38 tahun itu merupakan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Umas Umas di Felda Umas, Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata, sebelum kejadian, kira-kira pukul 6 pagi kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah bandar Tawau sedang menuju ke sekolah.

Tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu oleh salah seorang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan terhumban ke gaung berhampiran sebuah jambatan di Sungai Merotai.

alfatihah-cikgu-izyani-baru-3bulan-jadi-warga-pendidik

Mangsa Dayana Damsah, 27 tahun, tercampak keluar dari kenderaan dan dikejarkan oleh penduduk kampung ke Klinik Kesihatan Merotai yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau yang tiba di lokasi mengeluarkan tiga lagi mangsa yang masih berada dalam kenderaan dan dikejarkan ke Wad Kecemasan Hospital Tawau oleh pasukan EMRS Bomba.

Bagaimanapun mangsa, Nurizyani Kafl Masri, 24 tahun disahkan meninggal dunia oleh doktor sewaktu menerima rawatan di hospital.

alfatihah-cikgu-izyani-baru-3bulan-jadi-warga-pendidik

Sementara seorang lagi mangsa, Nurzairah Aladin, 35 tahun, mengalami cedera p4rah di dada dan patah tangan kiri manakala pemandu kenderaan terbabit hanya mengalami cedera ringan namun masih dalam pemerhatian pihak hospital.

Semoga keluarga mereka tabah apa yang berlaku sungguh memilukan yang maha esa lebih sayangkan mereka berdua diharap dua lagi rakan arwah segera sembuh dan dapat kembali bertugas sebagai warga mendidik , Kes kes kemalangan ini disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Al fatihah.

Register disini>> Join Now ,Selepas Join download Apps Fingo