Al fatihah, En zuhairi dn Pn Julayha djmput ilaahi otw brtugas!

Pekan : Seorang jururawat m4ut apabila kenderaan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan, Pahang dinaikinya terlibat dalam satu kem4langan pagi tadi.

Kem4langan tersebut berlaku ketika dalam perjalanan menghantar Pasukan Bergerak Orang Asli, PKD Pekan ke perkampungan Orang Asli.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kenderaan tersebut terlibat kemalangan ketika melakukan lawatan pemeriksaan kesihatan berkala.

SALAM TAKZIAH – KEMBALINYA KE RAHMATULLAH
Bismillahirrahmanirrahim, “Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.”

Dukacita dimaklumkan bahawa Encik Mohd Zuhairi Abdullah (pemandu) dan Puan Julayha Binti Kudus (jururawat kesihatan) telah meninggal dunia pada 7 Disember 2020 dalam perjalanan menjalankan tugas rutin pasukan bergerak orang asli (PBOA) Pejabat Kesihatan Daerah Pekan. – PKD Kuantan

Kem4langan tersebut telah mer4gut ny4wa pemandu dan seorang jururawat, manakala seorang pegawai perubatan telah dirujuk untuk rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Afzan, katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini.

Katanya, punca kem4langan masih dalam siasatan pihak polis.

Kementerian Kesihatan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan yang terkorban ketika melaksanakan tugas.

Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. AlFatihah. Info penuh akan menyusul.